Insan & Komuniti 18 Jul, 2020

Aishwarya Rai, anak dikejarkan ke hospital! Sukar bernafas!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

EMPAT hari lalu, pelakon Bollywood, Aishwarya Rai dan anaknya, Aaradhya hanya dikuarantin di rumah selepas disahkan positif COVID-19. Namun hari ini, Sabtu 18 Julai 2020, dua beranak itu dikejarkan ke hospital selepas sukar bernafas. Memetik Hindustan Times, Aishwarya kini berada di Hospital Nanavati Mumbai dan berada di bawah pemantauan doktor. : KitaReporters

BEKAS ratu cantik dunia hanya dikuarantin di rumah selama empat hari sebelum dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas. 


 “Dia dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan pernafasan,” menurut laporan itu. 

Sebelum ini suaminya, Abhishek Bachchan menerusi Twitter mengesahkan bahawa isterinya itu dan anak mereka yang berusia lapan tahun positif Covid-19.

Pada Sabtu 11 Julai 2020 lalu, Abhishek bersamanya bapanya, Amitabh Bachchan, 77, di sahkan positif dan dimasukkan ke hospital.

Bagaimanapun, ketika itu, Aishwarya Rai dan Aaradhya hanya dikuarantin di kediaman mereka.

AISHWARYA RAI bersama suami dan anak perempuannya, Aaradhya. - Kredit foto: AFP


Sebelum ini, 16 ahli keluarga pelakon berbakat itu menjalani pemeriksaan termasuk pengawal dan pembantu rumah, namun semuanya negatif dan bebas daripada virus berkenaan.

Malah, Abhishek juga disahkan negatif COVID-19.

Semoga mereka kembali pulih dan menyinari semula dunia hiburan Bollywood. - Kitareporters

5
2
6
1
0
You will be interested