Insan 16 Jul, 2020

Tiga pelakon Glee mati penuh tragedi! Sumpahan atau suratan?

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

ADAKAH drama muzikal bersiri Glee terkena sumpahan? Atau adakah para pelakon siri ini yang terkena sumpahan? Sehingga ini sudah tiga orang pelakon drama itu mati penuh tragedi. Seorang mati kerana mengambil dadah berlebihan, seorang  lagi membunuh diri. Terbaharu, seorang lagi mati lemas di tasik. : KitaReporters

PARA pelakon siri drama muzikal Glee yang ditayangkan melalui saluran TV Fox dari 2009 hingga 2015. - Kredit foto: The Mirror.


Drama muzikal Glee yang disiarkan melalui rangkaian Fox TV sangat popular terutama dalam kalangan  remaja Amerika. 

Siri ini bertahan enam tahun dengan siaran pertama pada 19 Mei 2009. Episod penutup disiarkan pada 20 Mac 2015

Drama ini berkisar kepada kelab muzikal di Sekolah Tinggi William McKinley dan susur galur cabaran yang dihadapi oleh kelab itu, bukan sahaja dalam mendepani isu muzik, tetapi juga isu kontroversial lain seperti kehamilan, remaja, buli dan lain-lain.

Namun tragedi menimpa tiga pendokong utama drama tersebut. 

Terbaharu, aktres Naya Rivera yang membawa watak Santana Lopez dijumpai lemas pada Isnin 14 Julai 2020 di Tasik Piru, Daerah (County) Ventura, California. 

Dia dilahirkan di Santa Clarita, California pada Januari 1987.  

CORY Monteith memegang watak Fin Hudson mati mengambil dadah berlebihan pada Julai 2013. - Kredit foto: Just Jared.


Sebelum itu, pada tahun 2013, Cory Monteith yang membawa watak Fin Hudson, mati akibat mengambil dadah berlebihan.

Pelakon berasal dari Kanada ini dilahirkan pada 1982 di Calgary, Kanada. Dia ditemui mati pada 13 Julai 2013 di bilik sebuah hotel di Vancouver, Kanada.

Monteith memang ketagih dadah dan menjalani proses rawatan mulai Mac hingga April 2013. 

Dia sedang bersedia untuk berlakon musim kelima Glee  sewaktu meninggal. Akibat masalah dadah yang dihadapi, dia telah tercicir daripada berlakon dalam beberapa episod siri tersebut bagi musim keempat.

MARK SALLING menunggu hukuman kerana kesalahan fonografi kanak-kanak ketika membunuh diri. - Kredit foto: Wikipedia


Selepas kematian Monteith, seorang lagi pelakon Glee,  Mark Salling yang memegang watak Noah mati membunuh diri

Dia yang lahir di Texas pada Ogos 1982 ditemui mati tergantung pada 30 Januari 2018 di kawasan padang berhampiran rumahnya di Sunland,  California, enam jam selepas dilaporkan hilang.

Salling pernah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan fonografi kanak-kanak. 

Dia mengaku salah memiliki gambar lucah kanak-kanak dan berdepan dengan hukuman penjara antara empat hingga tujuh tahun. Bagaimanapun dia membunuh diri sebelum dijatuhi hukuman.

MARK Salling yang mati membunuh diri pada Januari 2018 pernah menjadi kekasih Rivera selama tiga tahun. Kini kedua-duanya sudah tiada. - Kredit foto: Getty Images. 


PETA memaparkan Daerah Ventura, California, tempat terletaknya Tasir Piru di mana Naya Rivera lemas. -Kredit foto: Google Maps.


Pada 14 Julai 2020, mayat Naya Rivera pula dijumpai terapung di Tasik Piru selepas dilaporkan hilang di tasik itu sejak Rabu 8 Julai. 

Memetik  laporan CNN, penemuan mayat Rivera disahkan oleh Sherif Daerah Ventura, Bill Ayub.

Difahamkan, Rivera, seorang ibu tunggal, menyewa sebuah bot untuk bersiar-siar bersama anak tunggalnya, Josey, berumur empat tahun di Tasik Piru. Josey ialah anak dengan bekas suaminya, aktor Ryan Dorsey.

Apabila Rivera gagal memulangkan bot pada waktu ditetapkan, gerakan mencari dijalankan. 

Pasukan penyelamat menemui bot tersebut hanyut dan mendapati Josey sedang tidur. Namun ibunya tiada bersama. Josey memakai jaket keselamatan sementara satu  lagi jaket ada di atas bot.  

Josey memberitahu para penyelamat, dia dan ibunya berenang di dalam tasik itu tetapi menghadapi kesukaran. Ibunya tidak naik semula ke atas bot. Apabila memandang ke belakang dia nampak ibunya tenggelam.

Menurut CNN, gerakan mencari dan menyelamat kemudian dilancarkan. 

Setelah pencarian enam hari, akhirnya mayat Rivera dijumpai terapung di kawasan timur laut tasik itu yang mempunyai kedalaman antara 10 hingga 20 meter.

SHERIF Daerah Ventura, Bill Ayub. - Kredit foto: venturasheriff.org


PASUKAN Penyelamat Daerah Ventura ketika menjalankan gerakan mencari Rivera di Tasik Piru, California. -Kredit foto: CNN


Ayub memberitahu, para penyiasat yakin mayat yang dtemui terapung itu ialah mayat Rivera, tetapi  tetap menjalankan pemeriksaan di Pejabat Koroner Daerah Ventura County untuk pengesahan melalui rekod pergigian.

Dia juga percaya Rivera menggunakan segala kekuatan untuk menyelamatkan anak kesayangannya tetapi tidak mempunyai cukup kekuatan untuk menyelamatkan dirinya sendiri.

MAYAT Naya Rivera dijumpai terapung di Tasik Piru, Daerah Ventura, California pada 14 Julai. - Kredit foto: The Portland Press Herald.


Kematian Rivera diratapi rakan-rakan yang sama-sama membintangi Glee, seperti Chris Colfer yang memegang watak Kurt dalam sirti TV itu. Juga Jane Lynch yang memegang watak Sue Sylverster.

Mereka menyifatkan Rivera sebagai rakan rapat yang sama-sama mengharungi  susah senang mempastikan kejayaan Glee

Bagi mereka, pemergian Rivera sangat menyentuh hati kerana sebelum ini mereka sudah kehilangan Monteith dan Salling.

NAYA Rivera bersama anak tunggal kesayangannya, Josey. - Kredit foto: Getty Images


Selain Glee,  Rivera juga membintangi sitcom The Royal Family terbitan rangkaian TV CBS dan filem komedi The Master of Disguise. Dia juga membintangi siri TV Step Up.

Kini sudah tiga orang bintang Glee mati dalam keadaan tragik. 

Adakah is sumpahan? Atau adakah ia suratan atau kebetulan? - KitaReporters

RIVERA bersama bekas suami, Ryan Dorsey. - Kredit foto: Cosmopolitan.

                                                                                                                              

 

 

 

 

 

 

You will be interested

Impak Covid-19! Robot Cira-03 di Mesir! Trak mayat di Amerika

Mesir bakal keluarkan robot, Cira-03 yang mampu kesan wabak Covid-19 pada tubuh manusia, manakala di AS, trak dengan kontena berpendingin gantikan rumah mayat

Fauzan Uda Ahmad in Insan 3 days ago

Video| Bermotor 12 jam dari Skudai ke Sintok! Sebab Internet

Pelajar UUM Arvintran Ravindaran bermotosikal 12 jam dari Skudai ke Sintok untuk pulang ke kampus kerana alami gangguan internet ketika ikuti kuliah tahun akhir
Samsudin Oli Mohamed in Insan 2 days ago

Jurutera wanita tak jadi bunuh diri! Sebab ternampak buaya?

Seorang jurutera wanita yang alami masalah tekanan nekad untuk bunuh diri di Jambatan Mohd Sidin, Klang. Namun berenang ke tepian selepas ternampak seekor buaya
Adnan Mohamad in Insan 2 days ago

Tahniah Pemuda Kampung Tok Has! Projek bina rumah untuk OKU!

Berkat kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Kampung Tok Has, Jertih, sebuah rumah untuk seorang pemuda OKU, Ismail Ibrahim berjaya disiapkan secara bergotong royong
Mohammad Ishak in Insan 2 days ago

Pedofil disebat 146 kali di Aceh! Pengsan selepas sebatan 52

Seorang pedofil (paedophile) berusia 21 tahun dihukum sebat di depan khalayak oleh mahkamah syariah. Hukuman dilakukan di pekarangan sebuah masjid di Aceh Timur
Fauzan Uda Ahmad in Insan 2 days ago