Insan & Komuniti 10 May, 2020

PKP: Dah boleh bernikah di Terengganu! Kena ikut tatacara!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

RAKYAT Terengganu, yang berhasrat untuk melakukan majlis akad nikah bersama pasangan masing-masing, kini boleh meneruskan rancangan mereka kerana negeri ini kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan ancaman wabak COVID-19. Tapi ada caranya!! : KitaReporters

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad 


Syaratnya! Semua pasangan perlu mengikuti arahan tatacara bagi pelaksanaan majlis berkenaan sebagaimana yang ditetapkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad, berkata, arahan tatacara bagi pelaksanaan majlis akad nikah itu telah berkuat kuasa pada 3 Mei 2020.

Katanya, majlis akad nikah hendaklah dilaksanakan di lbu Pejabat JHEAT atau Pejabat Agama Daerah (PAD) bagi tujuan keselamatan, pematuhan tatacara serta kemudahan pemantauan.  

Menurutnya, pelaksanaan di premis persendirian, masjid, surau atau tempat-tempat awam yang lain adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas daripada Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Orang lslam Negeri Terengganu.

lbu Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Kuala Terengganu  


"Pemohon hendaklah juga mendapatkan kebenaran daripada Ketua Polis Negeri atau Daerah (Permit Pengecualian Kawalan Pergerakan),” katanya.

Mat Azmi berkata, Pegawai Agama Daerah akan menentukan tempoh waktu pelaksanaan majlis akad nikah mengikut jadual yang akan disusun oleh pihak PAD dengan mengambil kira perbincangan dengan pihak pemohon. Katanya, kehadiran orang ke majlis perlu diminimumkan (tidak melebihi 10 orang dewasa) dan keutamaan kepada yang berkeperluan untuk hadir seperti seorang jurunikah, pengantin lelaki, pengantin perempuan, seorang wali, serta masing-masing dua orang saksi bagi pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

Majlis akad nikah. - Gambar hiasan ihsan JHEAT


Menurut beliau, tempoh masa pelaksanaan majlis akad nikah hendaklah dipendekkan dan tidak melebihi 20 minit.

"Semua yang hadir pada majlis akad nikah berkenaan hendaklah didaftarkan nama, alamat semasa serta nombor telefon dan diserahkan kepada PAD atau wakilnya.

"Mereka juga perlu menggunakan hand sanitizer (penyahkuman) sebelum dan selepas majlis akad nikah," katanya dalam satu kenyataan media. 

Bagaimanapun, katanya, upacara adat istiadat dalam majlis tersebut adalah tidak dibenarkan sama sekali. 

"Jika mana-mana pihak yang tidak mematuhi tatacara ini, PAD atau wakilnya dengan kuasa Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Orang lslam Negeri Terengganu boleh menangguhkan majlis tersebut.

Beliau berkata, dokumentasi yang berkaitan majlis akad nikah seperti pendaftaran dan pengeluaran sijil perakuan nikah hendaklah ditangguhkan dan disempurnakan selepas tamat tempoh PKPB. - KitaReporters

344
61
51
18
22
You will be interested