Insan & Komuniti 07 May, 2020

Ustaz Tido tiru Ustaz Ebit! Tumpang berkat! Tiru benda baik!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

SEBUT sahaja nama Ustaz Ebit Lew, boleh dikatakan seluruh Malaysia mengenalinya. Keprihatinan dan sifat kasih sayang yang ditunjukkan oleh pendakwah ini, membuatkan masyarakat sangat menyayanginya. Malah, kini sudah ramai yang terikut-ikut cara Ustaz Ebit Lew menyemai kasih sayang sesama insan. Bak kata pepatah, yang baik jadikan teladan, yang jahat jadikan sempadan. : KitaReporters



Kini, tular dalam media sosial seorang pendakwah yang dikatakan ‘klon’ Ustaz Ebit Lew yang menggunakan nama Ustaz Tido dalam akaun Facebook miliknya.

Nama panggilan yang unik itu sekali gus mengundang perhatian apatah lagi tingkah-lakunya mirip sekali Ustaz Ebit Lew.

Sama ada tutur kata dan tulisannya, ia benar-benar mirip. 

Malah ada netizen yang terkeliru antara kedua-duanya.

Menurut Ustaz Tido atau nama sebenarnya Khailil Razak, dia menyeru agar mewujudkan paling kurang satu negeri seorang ‘Ustaz Ebit Lew’.

“Semoga menjadi asbab hidayah dan kebaikan. 

"Hasrat saya, mari kita wujudkan paling kurang satu negeri seorang Ustaz Ebit Lew sebab ramai sangat yang perlukan bantuan dan tiada rumah. 

"Mohon doakan saya dan guru saya Ustaz Ebit Lew terus istiqomah dalam kerja ni,” tulisnya.

Ustaz Tido menjadikan Ustaz Ebit Lew sebagai gurunya dalam melakukan kerja-kerja amal.


Tidak kisah disamakan dengan idolanya itu, jelas Ustaz Tido dia hanya menumpang keberkatan Ustaz Ebit Lew agar memberi manfaat kepada orang ramai.

“Macam-macam netizen ni ek. Copy ori pun boleh letak. Apa pun saya hanya tumpang keberkatan guru saya Ustaz Ebit Lew. Moga ramai dapat manfaat daripada kami berdua. Amiiin,” katanya lagi.


Sementara itu, netizen memuji sikap yang ditunjukkan oleh Ustaz Tido dan mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan urusan kedua-duanya.

“Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar. 

"Semoga dipermudahkan segala urusan ustaz dan semoga dimurahkan rezeki, serta diberikan kesihatan kepada keluarga ustaz. Aamiin ya Rabbal Alamin,” tulis salah seorang netizen.

Kebanyakan netizen menyokong penuh usaha Ustaz Tido membantu orang yang dalam kesusahan.


Benar, marilah sama-sama kita mendoakan agar ramai lagi orang seperti Ustaz Ebit Lew muncul. 

Kasih sayang yang ditunjukkan oleh mereka berdua benar-benar membuka mata hati masyarakat untuk berbuat kebaikan. - KitaReporters

25
3
1
2
1
You will be interested