Insan & Komuniti 20 Mar, 2021

Video| Baru habis ambil SPM! Gadis 18 tahun jadi isteri kedua! Bersanding bersama suami, madu!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


KETIKA rakan seusia lain bergembira selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan menunggu keputusan bagi menentukan hala tuju kehidupan tapi berbeza dengan seorang gadis muda dari Johor bersedia bertukar status menjadi isteri pada usia yang masih muda itu.

Kisah perkahwinan remaja itu yang dikenali sebagai Aliya Mysara menjadi tular dalam media sosial apabila gadis berusia 18 tahun secara terbuka mengaku sah menjadi isteri kedua kepada seorang lelaki berusia 34 tahun, baru-baru ini.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan bermadu:

https://kitareporters.com/search?search=bermadu




Lebih mengejutkan hari bahagia mereka yang berlangsing dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu bukan hanya bersanding berdua tetapi turut diserikan dengan kehadiran madu di pelamin mereka.

Wah untung si suami dua kali bersanding!

Malah mereka bertiga kelihatan sedondon di pelamin dengan warna pilihan berona biru cair.

Aliya bersama kakak madunya pula kelihatan mesra sepanjang sesi bergambar.



Wah bahagianya suami dikelilingi isteri-isteri yang cantik dan tak pening kepala isteri bercakaran dan bermasam muka… aman hidup!

Kisah persandingan remaja itu dimuat naik sendiri oleh pengantin perempuan dalam aplikasi TikTok miliknya dan disaksikan lebih ratus ribu pengikut dalam media sosial.

Menurut Aliya, dia dan madu yang berusia 26 tahun bersetuju untuk bersanding bersama dan akan bekerjasama mengharungi kehidupan.

“Yaa 18 tahun, maduku 26 tahun dan suami 34 tahun, doakan terbaik untuk kami semoga  kami bahagia hingga akhir hayat,”kongsinya sambil memuat naik video perkahwinan mereka.

Malah menerusi kapsyen di video berkenaan, pengantin perempuan berjanji dengan madu untuk bersama menjaga kebajikan suami.



Alahai… untunglah cik abang, dahla dapat isteri cantik baik hati lagi.

Menjengah ke ruangan komen pelbagai reaksi diterima pasangan berkenaan ada yang mendoakan terus kekal mahupun yang terkedu dengan pengakuan gadis muda berkenaan.

Inilah dikatakan jodoh, pilihan pada tangan mereka. Semoga  aman dan damai rumah tangga yang dibina. - KitaReporters


4
13
2
2
1
You will be interested