Insan & Komuniti 19 Mar, 2020

TIADA PESAKIT COVID-19 LARIKAN DIRI DARI HRPB!!

@asliza musa
Bekas wartawan Utusan Malaysia yang pernah berkhidmat di Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke cawangannya di Perak selama 10 tahun.

Share this
DALAM keadaan masyarakat di negara ini yang bimbang dengan penularan wabak penyakit Koronavirus-2019  (COVID-19), masih ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mencetuskan situasi panik dengan menyebarkan berita palsu. - KitaReporters 

MESEJ yang tular mendakwa seorang pesakit wanita yang positif COVID-19 melarikan diri daripada HRPB di Ipoh, Perak.


Terbaru di Ipoh, Perak, seorang wanita yang didakwa positif wabak berkenaan dikatakan telah melarikan diri dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semasa dirawat.

Mesej yang tular dalam media sosial Facebook dan WhatsApp itu memaksa pihak HRPB mengeluarkan kenyataan bagi menafikan dakwaan berkenaan.

Menurut Pengarah HRPB, Dr. Abdul Malek Osman, semakan yang dilakukan pihaknya mendapati tiada sebarang maklumat pesakit seperti mana yang tular itu direkodkan di hospital berkenaan.

Beliau berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali, sekali gus menafikan penularan berita berkenaan.


"Orang ramai digesa tidak menularkan sebarang berita yang tiada kesahihan kerana dibimbangi mencetuskan kegusaran orang ramai.

"Sebarang maklumat berkenaan COVID-19 boleh merujuk kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kementerian Kesihatan menerusi talian hotline 03-8881 0200/0600/0700 atau email di cprc@moh.gov.my," katanya dalam kenyataannya di Ipoh pada Khamis, 19 Mac 2020.

Hari ini, Khamis, 19 Mac 2020, satu mesej tular dalam media sosial yang mendakwa seorang wanita yang dikatakan positif COVID-19 dari Kampung Simee di Ipoh melarikan diri dari HRPB.

Mesej itu turut mendakwa wanita berkenaan kini sedang dikesan oleh pihak hospital dan polis. - KitaReporters



0
0
0
0
0
You will be interested