Insan & Komuniti 01 Apr, 2021

Berita Terkini| Neelofa terima anugerah Hari Sayyidatina Khadijah 2021! Tokoh Berpengaruh Mega

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Neelofa menjadi  seorang daripada 14 tokoh wanita Kelantan yang menerima anugerah yang dianjur kerajaan negeri Kelantan. - Kredit foto: Utusan online


PERSONALITI dan usahawan terkenal Noor Neelofa Mohd Noor dianugerahkan sebagai Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith Bagi Kategori Tokoh Berpengaruh Mega hari ini, 1 April 2021.

Anugerah berkenaan diberikan kepada personaliti yang berusia 32 tahun itu sempena sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021 oleh kerajaan Kelantan. 

Beliau yang dipetik laporan Sinar Harian bagaimanapun tidak hadir dan tiada wakil daripada selebriti berkenaan menerima anugerah yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

HSK yang merupakan program tahunan yang diperkenalkan oleh kerajaan Kelantan itu bagi meraikan, mengiktiraf peranan serta sumbangan wanita dalam pembangunan di negeri ini.

Penerima anugerah membawa pulang sijil, plak, dinar emas dan kitab tafsir selain hadiah iringan  berupa kerongsang, selempang, hamper, persalinan batik dan sejambak bunga. - KitaReporters

2
0
0
0
0
You will be interested