Insan & Komuniti 07 Oct, 2021

Video| Sakit hati tak pulang rumah! Ditemui dengan wanita lain! Isteri simbah air ke muka suami!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

SUAMI seorang isteri sedang berduaan dengan wanita lain (baju biru) di sebuah restoran. - Kredit foto : Suara.com


Video viral seorang isteri nekad menyimbah air pada muka suaminya apabila suaminya yang tidak pulang ke rumahnya sejak beberapa hari lalu dan ditemui sedang berdua-duaan dengan wanita lain di sebuah restoran dipercayai terjadi di Pontianak, Kalimantan Barat, baru-baru ini. 

Tindakan isteri tersebut berbuat demikian akibat sakit hati terhadap suaminya yang tidak pulang ke rumahnya tanpa sebarang sebab sehingga wanita itu sentiasa mencari suaminya di merata tempat tetapi tidak berjumpa.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan suami isteri

Si isteri dirakam menyimbah air ke arah muka suaminya. - Kredit foto: Suara.com



Bayangkan betapa sakit hatinya seorang isteri apabila berjumpa dengan suaminya sedang bermain kayu tiga dengan wanita lain yang dipercayai kekasih gelap suaminya sehingga dia sanggup menyimbah air pada muka suaminya tanpa memikirkan perasaan malu dengan orang lain di sebuah restoran.

Melalui sebuah video yang dimuat naik dalam TikTok oleh akaun @dirmandotcom memperlihatkan isteri itu membawa sebiji gelas berisi air lalu menyimbahkan air ke arah muka suami yang sedang berduaan dengan kekasihnya.

Dipetik daripada laporan Suara.com pada 1 Oktober 2021 lalu, akibat perbuatan suaminya yang curang itu menyebabkan isterinya memaki hamun terhadap suaminya dan wanita terbabit.


GELAS yang dipegang pada tangan kanan oleh si isteri selepas menyimbah air pada muka suaminya yang sedang berduaan dengan kekasihnya. - Kredit foto: Suara.com


Namun suaminya serta wanita itu tidak bertindak apa-apa keran dilihat banyak mendiamkan diri, kemungkinan mereka sedar kejadian itu berpunca daripada kesalahan suaminya sendiri akibat berlaku curang manakala wanita itu pula sedar dia berkasih dengan suami orang .

Sebelum itu, isteri terbabit merampas beg duit suami serta anak kunci kereta suaminya.

Akibat kekecohan isteri lelaki terbabit menyebabkan beberapa orang datang cuba meleraikan pergaduhan itu yang berlaku berhampiran di sebuah restoran. - KitaReporters


BEBERAPA orang datang cuba meleraikan pergaduhan suami isteri itu di sebuah restoran akibat suaminya mempunyai wanita lain yang dipercayai kekasih gelapnya. - Kredit foto: Suara.com

10
17
3
18
8
You will be interested