Kisah Insan 19 Jul, 2021

Berita Terkini| 35 kereta cuba rentas ke Pantai Timur tanpa alasan munasabah! Diarah patah balik!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, arahan berkenaan dikeluarkan apabila sampai ke sekatan jalan di KM89 Jalan Gerik-Kuala Kangsar dan KM9 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli. 


SEBANYAK 35 kenderaan yang dipercayai cuba memasuki negeri-negeri di Pantai Timur tanpa sebab munasabah diarahkan berpatah balik ketika melalui dua sekatan jalan raya (SJR) di sempadan daerah dan negeri di Gerik pada Ahad, 18 Julai 2021.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, daripada jumlah itu, 19 buah kenderaan di arah berpatah balik di SJR Kilometer 89 (KM89) Jalan Gerik-Kuala Kangsar manakala 16 buah kenderaan lagi di Kilometer 9 (KM9) Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran Sungai Lebey. 

‚ÄúDaripada 35 buah kenderaan diarah berpatah balik itu, 27 buah kenderaan memiliki surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) namun bukan berkaitan sektor perlu iaitu makanan dan bahan api," katanya seperti dipetik oleh Utusan Malaysia pada Isnin, 19 Julai 2021.

Tegas beliau, selaras dengan arahan Ketua Polis Negara berkaitan pergerakan menggunakan surat MITI yang tidak lagi dibenarkan bermula18 Julai hingga Rabu, 21 Julai 2021, ada kenderaan yang diarah berpatah balik sebaik tiba di sekatan jalan berkenaan, kecuali mereka mengemukakan surat MITI yang berkaitan pengangkutan petrol dan makanan.

Mior berkata, jumlah kenderaan di jalan raya ketika ini dilihat berkurangan sebanyak 30 peratus berbanding sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, masih terdapat pergerakan rentas daerah dan negeri membabitkan pasangan jarak jauh (PJJ) dan urusan temu janji penerimaan vaksin. - Kitareporters


PASUKAN polis dengan kerjasama Rela Perak membuat sekatan di beberapa sekatan jalan raya di sempadan daerah dan negeri. - Kredit foto: Rela Gerik

1
0
0
0
0
You will be interested

Jangan putar belit berita tak benar! Ifedayo milik Melaka United bukan JDT! Turun main lawan JDT!

Desas-desus berkenaan Ifedayo Olusegun terjawab apabila pemain ini sememangnya milik Melaka United dari awal lagi dan bukan pemain berstatus pinjaman dari JDT

Video| Selamat jalan Bob Tutupoly! Dunia hiburan Indonesia berduka! Perginya penyanyi legenda!

Penyanyi legenda, Bob Tutupoly, 82, hembus nafas terakhir di Hospital Mayapada, Jakarta pada 5 Julai 2022. Kesihatannya mula merosot sejak beberapa tahun lalu
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 17 hours ago

Nasib cikgu yang comel! Ibu-ibu desak dia dipecat! Mirip penyanyi popular! Takut suami menggatal!

Ramai ibu-ibu di sebuah tadika desak agar dipecat seorang guru cantik, mirip penyanyi Hong Kong Angelababy, kerana para bapa rajin ke tadika hantar, ambil anak
Adnan Mohamad in Kisah Insan 1 day ago

Piala Futsal Malaysia 2022: Pulau Pinang kejutkan pasukan pilihan, Pahang! 3-2! Separuh akhir 1

Pulau Pinang lakukan kejutan dalam perlawanan separuh akhir pertama apabila tundukkan pasukan pilihan, Pahang Rangers FC 3-2 dalam Piala Futsal Malaysia 2022
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Kisah Insan 2 days ago