SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri bagi 59 orang penduduk daripada 17 keluarga di Kampung Batu Kapor, Mentakab di Pahang suram apabila terpaksa menyambutnya di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air petang Khamis, 13 Mei 2021.
Hujan lebat sejak beberapa jam di daerah Bentong itu menyebabkan berlaku limpahan air Sungai Semantan di Kampung Batu Kapor.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Temerloh, Muhammad Ikram Haron berkata, mangsa mula dipindahkan pada pukul 7 petang selepas air menunjukkan trend menaik.
“Kesemua mangsa dipindahkan ke PPS Batu Kapor sebagai langkah berjaga-jaga selepas dicadangkan oleh Pegawai Daerah.
“Kawasan yang paling teruk dilanda banjir adalah pada paras pinggang iaitu di kawasan yang paling rendah,” katanya seperti dipetik oleh Utusan Malaysia pada Jumaat 14 Mei 2021.
Menurut Muhammad Ikram, pihaknya masih terus melakukan pemantauan berterusan dalam memastikan keselamatan penduduk di kawasan itu.
Katanya, meskipun air menunjukkan trend menurun pagi
ini kesemua mangsa masih tidak dibenarkan pulang sebagai langkah berjaga-jaga. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter