Sejak Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, pembelian dalam talian meningkat begitu tinggi. Mereka yang tidak pernah membeli secara dalam talian pun mula terjebak. Ye lah, ada yang memang pembeli tegar, ada juga yang terikut rakan-rakan atau ahli keluarga dan ada juga yang tertewas dek pujuk rayu si penjual. : KitaReporters
Kredit foto: digitalnewsasia.com
Sebelum PKPB, barang yang dipesan ini akan cepat sampai dan tidak ambil masa yang lama, namun begitu berlainan pula cerita kali ini.
Barang yang dipesan tidak sampai-sampai, malah ada yang terpaksa menunggu hampir sebulan.
Paling sedih, barang yang dipesan boleh pula pergi jalan-jalan ke negeri lain. Amboi, pergi cari jodoh ke makan angin. Ini membuatkan pembeli naik hantu tu.
Kredit FB Ceella Luve.
Jika dilihat video yang dikongsi oleh Ceella Luve ini, mungkin ini jawapan kepada anda kenapa barang anda sampai lambat.
Kalau duk golek macam tu, memang sampai ke sudahlah alamatnya tuan dia tunggu!!
Kepada anda yang selalu membeli barangan dalam talian, harap boleh bersabar kerana ketika ini barang yang masuk memang banyak dan sukar untuk mereka selesaikan dalam masa yang singkat.
Namun demi kepuasan anda dan tanggungjawab, mereka tetap berusaha sebaik mungkin agar barang anda sampai dengan selamat.
Malah, ada juga yang pekerja yang bekerja sampai ke waktu malam agar dapat kurangkan barangan yang kian hari makin meningkat.
Video berdurasi 30 saat itu telah ditonton lebih 825,000 kali. - KitaReporters