JIKA orang lain melihat dikatakan berat mata
memandang, tetapi berat lagi kepada insan yang menanggung sendiri pedih pahit
kehidupan seharian lebih-lebih lagi tinggal sebatang kara di sebuah rumah uzur
dan buruk seumpama kandang lembu.
Warga emas keturunan Cina, Wong Yau.
Malah, sebahagian bumbung rumahnya tiada beratap dan dinding menyebabkan basah kuyut apabila hujan.
Ketabahan warga emas berkenaan tinggal sebatang kara di rumah yang disewanya sejak lebih 30 tahun lalu amat menyedihkan kerana di sekelilingnya dipenuhi semak samun yang berkemungkinan ada ular yang tersembunyi.
Rumah usang dan uzur menjadi tempat tinggal lelaki warga emas di Seberang Jertih, Besut
Dia menjadikan ruang bilik kecil untuk dijadikan tempat tidur dan makan minum sebagai tempat berteduh dan terpaksa menebuk lubang untuk digunakan sebagai pintu keluar masuk ke bilik berkenaan.
Kisah kehidupan lelaki berkenaan telah dibawa kepada pengetahuan badan bukan kerajaan (NGO) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jertih, Besut yang meminta diajukan masalah itu kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan.
Beginilahlah keadaan tempat tidor warga emas di sebuah rumah buruk
Pihak KRT terbabit yang mengambil serius masaalah kehidupan komuniti setempat kemudian memaklumkan kepada AhIi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Datuk Muhammad Pehimi Yusof, pada Khamis 4 Jun 2020.
ADUN Jertih Datuk Muhammad Pehimi Yusof
Selepas menerima aduan dari KRT berkenaan Muhammad Pehimi bertindak pantas dan membuat lawatan bagi melihat sendiri masalah yang dihadapi warga emas terbabit pada Sabtu, 6 Jun 2020.
Muhamad Pehimi yang turut disertai wakil Pejabat
Kebajikan Masyarakat Daerah Besut dan pemimpin setempat mengambil masa
kira-kira dua jam untuk melihat keadaan sebenar rumah usang yang didiami warga
emas terbabit.
Wong menceritakan keadaan kehidupannya kepada Muhammad Pehimi.
Katanya, isu berkenaan sepatutnya sudah lama diselesaikan tetapi disebabkan lelaki terbabit enggan pindah ke rumah yang disediakan pihak NGO dan dia rela terus tinggal di situ.
Malah, katanya, rumah yang disewa itu pada asalnya
dikenakan sewa tetapi selepas tuan tanah sudah lama meninggal dunia rumah itu
tidak dibaiki dan tidak dikenakan sewa.
Muhammad Pehimi keluar dari lubang yang dijadikan pintu keluar masuk ke rumah Wong
Muhammad Pehimi berkata, dia bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki terbabit dan atas dasar peri kemanusian pihaknya akan tetap memberi bantuan tempat tinggal yang lebih selesa.
“Kerajaan sememangnya cakna rakyat tanpa mengira
kaum dan agama serta status seseorang malah lelaki terbabit amat layak untuk
dibantu,” katanya.
Muhammad Pehimi meneliti dokumen pengenalan yang dikemukakan oleh Wong
Katanya, beliau akan berunding dengan Pegawai Daerah Besut, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi yang berkaitan bagi membantu lelaki malang itu.
“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada komuniti setempat dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang sama-sama prihatin terhadap masalah komuniti dengan membawa kes berkenaan kepada pengetahuan saya,” katanya. - KitaReporters