Insan & Komuniti 06 Sep, 2021

Berita Terkini| Pelan Tindakan OKU 2023-2030 perlu disediakan! Bagi perkasakan komuniti OKU!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


KERAJAAN perlu membentangkan penilaian terhadap Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang sebelum ini serta memulakan proses untuk penyediaan Pelan Tindakan OKU 2023-2030 yang lebih fokus.

Ahli Dewan Negara (ADN) mewakili orang kurang upaya (OKU), Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata, perkara itu adalah antara 16 perkara yang dicadang untuk dilaksanakan kerajaan dalam usaha memperkasakan komuniti OKU di negara ini.

"Saya menyambut baik usaha Perdana Menteri yang menetapkan supaya setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama.

“Bagi merealisasikan komitmen kerajaan menerusi slogan Keluarga Malaysia, saya berharapan agar kerajaan dapat melipatgandakan usaha, dalam memperkasakan komuniti orang kurang upaya (OKU) di Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Isnin, 6 September 2021.

Cadangan-cadangan lain adalah merealisasikan penaiktarafan Jabatan Pembangunan OKU sebagai jabatan penuh; menyegerakan pindaan Akta OKU 2008 dengan memasukkan elemen penguatkuasaan; memperkenalkan insurans khas buat komuniti itu; dan menubuhkan Yayasan Pembangunan OKU Malaysia.

Selain itu, Ras Adiba yang juga Presiden Persatuan OKU Sentral turut mencadangkan kerajaan meluaskan kategori OKU kepada penyakit jarang jumpa (rare diseases atau RD) dan albino, serta menyediakan peruntukan khas dan penubuhan Tabung Amanah Penyakit Jarang Jumpa menerusi Belanjawan 2022. - KitaReporters


15
9
0
12
0
You will be interested