Insan & Komuniti 27 Aug, 2023

Video| Kandang kambing mewah! Guna kayu berharga, lantai mozek! Ada set TV, karaoke! Macam resort!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Keadaan kandang kambing mewah di Tuban. - Kredit foto: TikTok @nyonyasega


Kandang kambing sering dianggap tempat kurang selesa dan berbau. Justeru istilah ‘seperti kandang kambing’ sering diberi kepada rumah uzur atau tidak kemas. 

Namun pengusaha ternakan dikenali sebagai Jericho, 27, dan Gita Nurliya, 23, memberi wajah berbeza mengenai kandang kambing mereka.

Kandang kambing di Desa Banyuurip, Kecamatan Senori, Kabupaten Tuban, Jawa Timur itu berlainan daripada kandang kambing biasa kerana ia menjadi kandang kambing mewah seperti tinggal di resort.




Kandang kambingnya bersih, tidak berbau hamis dengan mempunyai sistem pembuangan najis yang sistematik dengan dikendalikan oleh petugas berpengalaman. Mereka turut memastikan kesihatan kambing pada tahap baik.

Dibina menjadi kandang kambing mewah seperti resort, ia dibuat  daripada kayu jati bermutu, berlantai jubin seramik.

Ia  membolehkan para pekerja berehat dengan makan dan bermain dengan selesa. Turut disediakan peti TV dan set karaoke. 

Penduduk sekitar juga dipelawa untuk melawat kandang kambing ini sambil berehat dan menonton TV dan berkaraoke di sana.


/


Video-video mengenai keadaan kandang kambing mewahnya dimuat naik dalam TikTok dengan nama @nyonyasega pada Isnin, 21 Ogos 2023. Video-vodeo TikTok itu kini tular di Indonesia dan sudah ditonton sebanyak lebih 3 juta kali.

Kelihatan sejumlah video dan gambar yang dimuatkan memperlihat keadaan selesa di kandang kambing itu.




Bagi Jericho dan isterinya, Gita Nurliya yang baharu berkahwin 2 tahun lalu,mereka sanggup berbelanja besar bagi memberi keselesaan kepada ratusan kambing yang menghuni serta para pekerja dan orang yang datang melawat bagi membeli kambing.

Menurut Jericho, kandang kambing miliknya ini dibina atas tanah miliknya seluas 20 x 8 meter. Kandang itu dibina sejak setahun setengah lalu.

Ia kini hanya 80 peratus siap. Beberapa kemudahan akan dibina lagi seperti dalam proses siap seperti gazebo dan taman.

Kawasan penternakan kambing ini dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun 2023 dan bakal menjadi salah satu tarikan pelancongan ke Tuban.

Walaupun ia menelan belanja besar, namun bagi Jericho ia memberi kepuasan tersendiri kepadanya di samping dapat mempopularkan daerahnya, Tuban. - KitaReporters


15
12
0
11
0
You will be interested