Insan & Komuniti 18 Feb, 2024

Cikgu Maizatul Hana dipercayai meninggal kerana tercekik! Ketika sedang makan bersama tiga anaknya!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

 


ISTERI Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Hamdan Hamzah iaitu Maizatul Hana Bohari, 53, meninggal dunia dipercayai tercekik ketika Allahyarhamah sedang makan bersama tiga orang anaknya di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor pada 15 Februari 2024 kira-kira pukul 8 malam.

Maizatul Hana merupakan seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guntung, Setiu, Terengganu dikatakan meninggal dunia kira-kira pukul 8.45 malam semasa dalam perjalanan ke Hospital Shah Alam untuk mendapat rawatan selanjutnya.


MAIZATUL HANA BOHARI


Sebelum kejadian, Allahyarhamah dalam perjalanan untuk pulang ke Kampung Guntung Luar, Setiu selepas bertemu dengan seorang anaknya yang sedang belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Namun ketika bertemu dengan anaknya, Maizutul Hana makan bersama dengan tiga orang anaknya di restoran terbabit dan tiba-tiba mangsa dipercayai tercekik ketika sedang memakan makanan di restoran berkenaan.

Selepas itu, mangsa dikatakan pengsan serta terjatuh dari meja makan sebelum Maizatul Hana dibawa ke Hospital Shah Alam.

Bagaimanapun, pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital tersebut  dan mayat mangsa dihantar ke Unit Perubatan Forensik untuk dibedah siasat punca kematian.   



BEBERAPA Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Setiu berada di luar Unit Perubatan Forensik Hospital Shah Alam, Selangor  pada pagi 16 Februari 2024


Hadir sama menziarahi Allahyarhamah ialah Ketua UMNO Bahagaian Setiu, Datuk Sabri Mohd Nor; bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permaisuri, Datuk Abdul Halim Jusoh; serta beberapa Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Setiu.

Sementara itu, Setiausaha Penyelaras DUN Permaisuri, Zokri Othman berkata, jenazah Maizatul Hana telah dibawa  dari hospital tersebut pada pukul 4 petang (16 Februari 2024) untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Guntung Luar kira-kira pukul 11 malam. 

``Jenazah Allahyarhamah sekali lagi disolat di Masjid Kampung Guntung Luar sebelum disemadikan di tanah perkuburan,'' katanya. - KItaReporters



JENAZAH Allahyarhamah Maizatul Hana di bawa ke sebuah masjid di Shah Alam, Selangor untuk disolat sebelum dibawa pulang ke Kampung Guntung Luar, Setiu, Terengganu

 

11
14
1
8
0
You will be interested