Insan & Komuniti 03 Apr, 2024

Video| Ramai sangka perangkap! Sebenarnya polis edar juadah berbuka puasa percuma! Bukan nak saman!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Ketika Ramadan banyak pihak yang ingin melakukan sumbangan kepada orang ramai. Antaranya syarikat atau agensi tertentu memberi sumbangan juadah berbuka puasa secara percuma.

Biasanya sumbangan yang diberi mendapat sambutan hangat dan cepat habis. Namun berlaku kelainan apabila sumbangan itu dilakukan oleh pihak polis.

Orang ramai jadi takut untuk menerima menerima sumbangan juadah berbuka yang dipanggil takjil di Indonesia. Peristiwa lucu ini terjadi Pulau Buton, Sulawesi Tenggara.



Polis daerah Baubau menjalan projek memberi takjil percuma kepada pengguna jalan bagi kenderaan bermotor dan penumpangnya di sebatang jalan di daerah itu baru-baru ini.

Jalan yang biasanya sibuk lalu lintasnya menjadi sepi, hanya beberapa motosikal,kereta, lori dan bas  yang melaluinya.Banyak penunggang motosikal berhenti di tepi jalan secara mengejut setelah melihat ada sejumlah anggota polis di hadapan.

Ini kerana pengguna jalan menyangka polis sebenarnya sedang menjalankan operasi mencari kesalahan lalu lintas. 

Ada yang berfikiran, pemberian takjil itu hanya sebagai umpan untuk memerangkap pesalah lalu lintas seperti tidak memiliki lesen dan cukai jalan. Justeru hanya beberapa pengguna yang melewati jalan itu ditahan oleh anggota polis.

Mereka yang ditahan memperlihat kepanikan. Tetapi anggota polis tidak membuat pemeriksaan, sebaliknya menyerahkan takjil percuma.



Pada mulanya sambutan cukup dingin, namun setelah mengetahui pihak polis benar-benar menyampaikan takjil percuma barulah  jalan mula sibuk kembali. Akhirnya kesemua takjil habis diagihkan kurang daripada sejam.

Memetik laman rasmi humas.polri.go.id, Polis Daerah Baubau membagikan takjil kepada pengguna-pengguna jalan yang melintas di Jalan Diponegoro, Kota Baubau, pada Isnin, 25 Mac 2024.

Sebanyak 200 gelas minuman ais  buah dibagikan kepada pengguna jalan yang melintas di Jalan Diponegro, Kota Baubau menjelang waktu berbuka puasa. - KitaReporters

10
12
0
10
0
You will be interested