Kalau di Malaysia, bau durian dianggap nikmat dunia. Lagi kuat baunya, lagi sedap isinya. Itulah hukum tidak rasmi peminat tegar raja buah ini.
Tapi siapa sangka, bau yang dianggap âwangian tropikaâ di tanah air kita boleh menyebabkan kekecohan besar di luar negara!
Itulah yang berlaku di sebuah bangunan kediaman di Paris, Perancis, apabila seorang rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Faroy (@FroyJall) secara tidak sengaja mencetuskan panik gara-gara makan durian di rumahnya.
Dalam video yang dikongsikan dalam TikTok, Faroy menceritakan detik cemas apabila satu pasukan bomba Perancis datang ke bangunannya untuk menyiasat âkebocoran gasâ yang rupa-rupanya berpunca daripada durian yang dibelinya.

âKecoh satu bangunan apabila orang Malaysia makan
durian dalam rumah. Satu pasukan bomba datang nak cari mana datang punca bau
gas (durian),â tulisnya pada kapsyen video dengan emoji ketawa.
Menurut Faroy, jiran di tingkat atas yang tidak biasa dengan bau durian telah membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas mengesyaki berlaku kebocoran gas.
Bau durian yang kuat dan menusuk menyebabkan mereka panik dan segera menghubungi bomba.
âItulah, jiran rumah atas buat report. Tapi bagus juga sebenarnya orang Paris ni, apabila bau benda pelik, terus ambil tindakan. Cuma masa tu rasa bersalah sungguh,â jelasnya dalam ruangan komen.

Pasukan bomba yang tiba di lokasi kemudian memeriksa seluruh bangunan, namun tidak menemui sebarang tanda kebocoran.
Tak berpuas hati, mereka turut memanggil syarikat pembekal gas untuk membuat pemeriksaan lanjut menggunakan alat pengesan gas (gas meter).
âBomba cari tak jumpa. Lepas tu dia panggil syarikat gas yang salur gas di bangunan tu datang. Check pakai meter gas, bacaan 0. Kita orang buat tak tahu je lah,â kongsi Faroy sambil ketawa.

Lucunya, walaupun sudah sedar bau itu datang daripada durian, Faroy mengambil keputusan untuk tidak mengaku bagi mengelakkan salah faham yang lebih besar.
âTak mengaku lah. Nanti kena halau dari apartment kami duduk tu!â balasnya kepada seorang netizen yang bertanya sama ada dia memberitahu perkara sebenar kepada bomba.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut terhibur dengan kisah itu dan berkongsi pengalaman masing-masing tentang bau durian yang menipu deria.
âSungguh weh durian ni bau macam gas. Aku pun pernah beli durian, lepas tu lupa. Tiba-tiba bau gas, terus berlari ke dapur nak cari punca, rupa-rupanya durian!â cerita seorang netizen.

Manakala seorang lagi netizen tampil memberi penjelasan saintifik tentang kenapa bau durian sering disalah anggap sebagai bau gas.
âSebenarnya gas LPG asalnya tak ada bau. Kalau berlaku kebocoran, memang susah nak kesan. Jadi, untuk keselamatan, gas akan dicampur dengan bahan berbau kuat dan bau compound tu memang sama macam bau durian Musang King,â jelasnya.

Selain itu, ada juga berkongsi pengalaman lama yang hampir sama.
âTeringat kes dulu di Perancis, tengah bakar belacan kat dapur, jiran sebelah rumah buat laporan. Katanya ada bau mayat busuk. Padahal tengah bakar belacan!â kongsinya.
Faroy sendiri mengakui, orang Perancis memang sensitif terhadap bau-bauan kuat tetapi agak ironik kerana bau keju biru (blue cheese) mereka juga tidak kurang menyengat.
âIya lah. Orang Perancis ni begitulah. Padahal bau blue cheese dia lagi busuk nak mati,â tulisnya sambil bergurau.

Ada juga netizen yang ingin tahu bagaimana pengakhiran kejadian tersebut.
âEndingnya macam mana? Kena marah ke dengan bomba Paris?â
Dan jawapan Faroy membuat ramai tergelak: âBomba tak marah, cuma keliru je.
"Lepas semua orang check, tak jumpa punca, kita orang buat muka tenang je macam tak tahu apa-apa. Habis tu, semua orang pun balik,â ujarnya.

Rata-rata netizen menganggap insiden itu sebagai kisah lucu yang hanya boleh berlaku apabila budaya Timur bertembung dengan gaya hidup Barat.
Apa pun, kisah ini membuktikan satu perkara, bau durian memang luar biasa. Boleh buat orang Malaysia tersenyum, tapi boleh juga buat satu pasukan bomba di Paris terpinga-pinga!
Mungkin lepas ni, kalau nak makan durian di luar negara, kenalah buka tingkap luas-luas atau makan jauh sikit dari jiran. Tak pasal-pasal, nanti durian Musang King disangka gas bocor lagi! - KitaReporters
