Acapkalinya apabila menjelang musim cuti sekolah selain kenduri-kendara dan majlis perkahwinan, tidak kurang juga yang mengadakan majlis berkhatan beramai-ramai.


Tidak kiralah jenama apa yang disebut baik khatan perdana, khatan beramai-ramai mahupun khatan Madani yang begitu popular sejak kebelakangan ini.
Namun begitu, kali ini anak-anak sekitar Kampung Pandan, Kuala Lumpur bernasib baik kerana sempat diraikan oleh Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga merupakan Ahli Parlimen Titiwangsa.
40 anak-anak sekitar Kampung Pandan telah diraikan melalui program Khatan Madani yang telah diadakan di Masjid Ar-Rahimah, Kampun Pandan, Kuala Lumpur pada 21 Disember 2025.

Suasana ketika dimandikan beramai- ramai.

Walaupun sibuk sebagai Menteri yang baharu kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Johari Abdul Ghani masih sempat meluangkan masa meraikan anak-anak tersebut dengan menyampaikan buah tangan dan hadiah kepada mereka.
Seperti biasa semua anak yang akan berkhatan dimandikan beramai-ramai dengan dokongan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) supaya mereka berasa segar dan lebih bersemangat. - KitaReporters

