Insan & Komuniti 20 Jan, 2026

Program Hari Komuniti! Himpunkan sukarelawan, warga PLUS, pelajar IPT, penduduk! Taman Tasik Taiping!

@ani bin awang
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Emel: [email protected]

Share this

Program Hari Komuniti MyPLUS 2025 yang telah diadakan di Taman Tasik Taiping, Perak pada 17 Januari 2026 telah menghimpunkan para sukarelawan yang terdiri daripada warga kerja PLUS, pelajar Institusi Pengajian Tinggi (ADTEC Taiping) dan warga setempat.


Membersihkan Taman Tasik merupakan salah satu program pada Hari Komuniti MyPLUS.

Program bertemakan ‘Memperkasa Komuniti Selamat dan Lestari’ itu dilaksanakan secara serentak di 25 lokasi terpilih di seluruh negara.

Perhimpunan oleh Majlis Perbandaran Taiping (MPT) itu sebagai sokongan kepada usaha kelestarian bandar dan kesejahteraan komuniti.

Program dihadiri wakil pengurusan kanan Ibu Pejabat PLUS Malaysia Berhad iaitu Amir Shahid dan Farah Diba; Setiausaha MPT, Hasmonaliza Hasan Basari; Pengurus Seksyen N4N5,  Yacob Sapingi; Pengarah Perancangan Bandar, Kawalan Bangunan dan Landskap MPT, TPr. Syahrulnizam Baharom; serta pegawai-pegawai dari MPT dan PLUS.


Usaha menanam pokok sebagai sebahagian daripada Program Hari Komuniti MyPLUS 2025.


Pada program tersebut MPT menerima sumbangan berbentuk kemudahan awam seperti 20 unit tong sampah berkapasiti 120 liter, 12 unit kerusi batu termasuk tapak, enam unit lampu solar termasuk tiang dan empat pokok daripada pelbagai spesies Cempaka Putih.

Semoga inisiatif murni ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi memperkukuh kerjasama strategik serta memupuk semangat kebersamaan dalam membangunkan komuniti yang selamat, hijau dan Lestari. - KitaReporters


20 tong sampah di terima MPT pada Program Hari Komuniti MyPLUS

Hari Komuniti MyPLUS menghimpunkan sukarelawan di Taman Tasik Taiping

11
13
0
4
0
You will be interested