WANITANYA ramai yang anggun jelita berkebaya nyonya Melaka dan peranakan Pulau Pinang. Lelakinya pula ada yang berbaju batik dan ada juga yang lengkap berbaju Melayu, bersamping dan bertengkolok.
Dalam suasana negara sedang bersiap menyambut kedatangan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogod 2025, mereka kelihatan bangga mengatur langkah dengan gaya lenggang lenggok sangat manis menawan, bentuk badan yang langsing dan wajah jelita menjadikan orang yang berpakaian kebaya itu menyerlahkan satu identiti bangsa Malaysia yang berjaya namun kekal dalam budaya warisan negara.
Itu yangdapat disaksikan ketika hadir ke majlis kemuncak malam pencarian Miss Malaysia Kebaya (MMK) bagi meraikan permerkasaan wanita yang dibaluti dengan kemewahan pelbagai budaya, fesyen, kegemilangan dan kelembutan rakyat berbilang kaum yang saling menyanjungi pemakaian pakaian kebaya tanpa rasa mewakili mana-mana kaum.

Kata Pengasas Miss Malaysia Kebaya dan Presiden Fesyen Malaysia, Model dan Persatuan Peraduan Ratu (Malaysia Fashion, Modelling and Pageant Association (MFMPA), Dr Jason Hee, wanita Malaysia sangat bangga mengenakan kebaya tidak kira mereka itu orang Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak.
Masing-masing bangga berbaju rasmi negara yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2024.

Majlis kemuncak Miss Kebaya Malaysia (MMK) 2025 itu mengumpul ahli-ahli kesenian, tetamu penaja, para hakim, rakan media dan ikon tempatan yang sarat dengan glamor tapi penuh tradisi dan semangat memeriahkan industri fesyen negara.
Maka selepas sebulan jelajah di beberapa negeri sebagaimana pencarian Cinderella tetapi di Kuala Lumpur, pencarian sang ratu untuk mewakili negara, akhirnya Afifah Dayana Mohd Haizal dimahkotakan sebagai juara di kemuncak acara MMK 2025 sempena meraikan Sambutan Hari Kebaya Nasional dan Karnival Kebaya Malaysia 3.0 yang berlangsung di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Ahad, 17 Ogos 2025. Naib johan, Acaa Bella dan ketiga, Jesslyn Wong.
Ketiga-tiga mereka akan mewakili negara untuk menyertai acara kebudayaan dan promosi destinasi pelancongan negara serta memperkenal pakaian kebaya ke persada dunia.
Acara kali kelima ini diadakan sempena memeriahkan Hari Kemerdekaan (Hari Nasional), Hari Kebaya Nasional dan sempena Anugerah MFMPA 5.0

Selain itu, kata Dr Jason (gambar atas) tahun depan (2026), negara akan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 yang sudah tentulah kemeriahan akan lebih terasa kerana anugerah warisan negara itu turut menyerlahkan nama negara Asia dalam bertukar maklumat dan berkongsi kebudayaan yang hampir sama.
“Miss Malaysia Kebaya (MMK) bukan setakat menyebarkan pertandingan kecantikan ratu tapi satu gerakan memaparkan kebudayan.
"Menerusi konsep MMK ini, kami menyediakan pentas bukan sahaja untuk kekalkan keindahan seni kebaya tapi juga meletakkan wanita di pentas dunia dengan penuh yakin tentang identiti negara.
"Semua tahu kebaya adalah simbbol perpaduan, warisan dan kebanggaan negara. Misi kita adalah terus mengekalkan inspirasi ini kepada generasi akan datang.
"Sebab itu juga kita sangat-sangat menghargai 35 pertubuhan dan perniagaan yang menyokong MFMPA untuk terus memperkasakan dunia model, fesyen dan pertandingan kerana ia bidang perniagaan ke arah jualan fesyen serta kepimpinan," katanya lagi.

Pencarian Miss Malaysia Kebaya itu dibahagikan kepada empat katogeri:
Kategori Ratu:
Johan - Afifah Dayana Mohd Haizal
Naib Johan - Acaa Bella
Tempat ketiga - Jesslyn Wong

Kategori Budak:
Johan - Miazara Sofieya
Naib Johan- Nur Anggun Qaleesya
Tempat ketiga - Cahaya Umaira

Kategori Remaja:
Johan - Mia Zahra Zulaikha
Naib Johan - Noor Aleesa Sofia
Tempat ketiga - Qalesya Qhumaira

Kategori Permaisuri:
Johan - Nurul Surya binti Muhamad Baharum
Naib Johan - Pek Yoke Fong
Tempat ketiga - Lim Huey Geok

Tetamu yang hadir ialah Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia Wilayah Tengah, Kamal Ais; penolongnya, Hidayatul ‘Ein Mohamad Azmi; Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (JKKN) Wilayah Persekutuan/Kuala Lumpur DBKL, Datuk Rashidi Hasbullah. Manakala juri ialah Bon Zainal, Carol Lee, Eleen Yong, Asyraf Dasley, Datuk Rashidi Hasbullah, Dato’ Kamil Othman, Datin Winnie Loo, and Winnie K.
Kata Dr Jason lagi, MMK ditubuhkan pada 2010 sebagai matlamat meneroka kebudayaan terutama kebaya sebagai lambang negara dan melalui pertandingan ratu itu membuka peluang kepada wanita melatih diri sebagai pemimpin, meneroka peluang perniagaan dan melalui fesyen juga satu cara menonjolkan budaya unik Malaysia kepada dunia. - KitaReporters
