Insan & Komuniti 25 Apr, 2025

Video| Gempar dan hebat! Lelaki Indonesia nikahi Lisa Blackpink? Undang Ronaldo, Messi dan Haaland?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

.


Satu perkahwinan sensasi berlaku di Indonesia baru-baru ini. Seorang lelaki Indonesia yang masih bujang mengimpikan untuk berkahwin dengan dengan salah satu anggota kumpulan K-Pop terkenal Korea, Blackpink.

Dan impian itu menjadi kenyataan apabila Lisa Blackpink yang berasal dari Thailand sudi untuk menjadi isterinya. Lalu majlis pernikahan dijalankan. Lelaki itu dan Lisa mengenakan baju pengantin khas Jawa Tengah.


Pengantin lelaki dan Lisa Blackpink menunjukan kad nikah masing-masing

Majlis resepsi berlangsung di sebuah hotel mewah di Indonesia. Antara VIP yang diundang ialah tiga bintang bola sepak terkenal.  mereka ialah Christiano Ronaldo (Portugal), Lionel Messi (Argentina) dan Erling Braut Haaland daripada kelab Manchester City.

Masing-masing datang dengan kereta mewah masing-masing serta membawa hadiah untuk pasangan pengantin. Ronaldo memakai baju batik sementara dua lagi memakai kot dan bertali leher.Ketiganya kelihatan mesra berbual dan makanan bersama di satu meja.

Majlis perkahwinan dan resepsi dirakam dalam video dan kemudian dimuat naik dalam akaun Facebook dan Instagram

@sixtytwoinfo pada Khamis, 24 April 2025 dalam durasi 2:20 minit. 

Ronaldo turut bergambar dengan pasangan pengantin

Video itu dimulakan dengan majlis akad nikah dikuti pasangan menunjukkan kad kahwin dan seorang wanita sebagai ibu si lelaki menyalami dan memeluk Lisa. Kemudian diikuti majlis resepsi dengan kehadiran ketiga-tiga bintang bola sepak itu.

Namun video itu tidak menyatakan nama pengantin lelaki dan di mana majlis perkahwinan dan resepsi berlangsung.

Sejumlah netizen yang melihat video itu mengkagumi bagaimana seorang lelaki Indonesia berjaya mengahwini Lisa Blackpink dan berjaya mengundang tiga bintang bola sepak untuk hadir di majlis resepsi.



Sebenarnya perkahwinan itu hanya ‘buatan’. 

Video itu dihasilkan dengan menggunakan Teknologi AI (Artificial Intelligence) atau Kecerdasan Buatan. Ia dihasilkan dengan teliti sehingga terlihat seperti majlis sebenar.

Teknologi AI boleh memberi kesan positif, Namun ia boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat dan dunia jika disalahgunakan.

Teknologi AI boleh menyebabkan orang yang sudah mati hidup semula dan kembali aktif dengan pelbagai kegiatan. Mungkin satu hari nanti anda sendiri akan terkena imbas AI. - KitaReporters

12
13
0
13
0
You will be interested