

PADA 1 Julai 2025 lalu menandakan Lady Diana Frances Spencer, dilahirkan 1 Julai 1961, sepatutnya menyertai kelab maya warga emas. Jika masih ada, selepas 64 tahun sudah tentu rakyat Britain dan jajahan komanwel akan mengadakan acara gilang gemilang sebagai peringatan kasih sayang dan meraikan hari jadi ratu mereka, Ratu Hati Rakyat Britain dan Dunia, Lady Diana.
Malangnya itu semua hanya satu kenangan kerana sudah 28 tahun bekas Puteri Wales itu meninggal dunia.
Orang lebih banyak memperingati hari kematiannya pada 31 Ogos 1997 dan ketika dunia meratapi hari itu, Diana bukan saja masih menjadi hikayat Cinderella moden yang kisahnya menjadi sejarah sebagai wanita diraja paling cantik, popularitinya mengatasi artis Hollywood.
Dalam sejarah akan mencatatkan bagaimana Diana diabaikan sebaik saja lafaz nikah serta perselingkuhan suaminya sampai dia bercerai dan mati selepas terbabit kemalangan jalan raya di dalam terowong di Paris, yang kemudian digelar kota cinta oleh sejarahwan media

Lady Diana dengan dua menantu Kate dan Meghan. Kalau masih hidup tentu anaknya tidak terpisah negara.

Kemudian selepas kematian Diana diikuti pula dengan Ratu Elizabeth II dan Raja Philip sekali gus turut mengubah sejarah pemerintahan diraja Britain. Yang jelas pergolakan dalaman kini lebih tertumpu kepada konflik "merebut" kuasa antara isteri pengiring Raja Charles dan keluarga diraja itu.
Wanita itu dilaporkan "kecewa" kerana dis ebalik berjaya menghapuskan jejak Diana tetapi dia pun sudah semakin tua dan tidak mampu membawa diri sebagai pengganti Ratu England yang boleh mengharumkan negara dan dibanggakan.
Beberapa acara utama dunia Camilla sudah tidak mampu hadir sebab kesihatannya yang tidak stabil, fizikalnya yang kian lemah menjadikan usahanya untuk menjadi ratu negara itu sering kali kembali mengaibkan dirinya sendiri. Malah Tengku Mahkota Putera William semakin "galak" menggantikan bapanya yang ramai rakyat negara itu mahu dia menjadi raja.
Sekiranya Charles turun takhta maka Camilla akan tinggal dalam sejarah sebagai "penyondol" yang gagal sebab dapat kuasa negara bila sudah tua sudah hilang "serinya". Muka tua, berkedut dan tidak gagah lagi menghayun langkah itu, satu kejayaan yang macam sudah jatuh, ditimpa tangga. Malangnya yang tidak dipinta.
Ditambah dengan masalah perutnya yang didakwa sering terkincit dan kentut "merata" sampaikan baju rasmi ratu terlekat cairan cirit-birit itu menyebabkan dia sering dipermalukan dalam media sosial.

Sekarang dikatakan dia kembali menjalin hubungan cinta dengan bekas suaminya menjadikan kifarah buat raja apabila cinta mereka nampaknya gagal kekal selama-lamanya sebagaimana cerita dongeng hikayat diraja - Mereka hidup bahagia selama-lamanya (they live happily ever after).
Bayangkan selepas berpuluh tahun "merebut" untuk mendapat takhta ratu, seluruh hidup menjadi kecaman bukan saja di Britain tetapi berbilion masyarakat dunia. Malah keluarga diraja yang menjadi rakan Britain turut mengenepikan peranan Camilla sebagai ratu.
Ketika Camilla berasa "menang" seharus dia ingat Raja Charles masih ada adik Puteri Anne yang tiba-tiba mengambil alih tanggungjawab menjaga keharmonian keluarga diraja selepas Ratu Elizabeth II meninggal dunia.
Malah Camilla juga baru tersedar, dia pernah merampas kekasih adik iparnya itu, Andrew Parker menggantikan Charles yang dihantar bertugas di medan perang.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(999x0:1001x2)/princess-anne-2024-trooping-the-colour-061724-tout-624ff72908924ca2a3b023594e198dcd.jpg)
Puteri Anne sebagai komandan perarakan kemahkotaan kekandanya, Charles sebagai Raja Britain. Dia kini mengawal keluarga diraja.
Mengingatkan kembali sejarah cinta Camilla-Charles yang berputik ketika remaja dalam tahun 1970-an dan disebabkan darjat dia tidak sesuai berada di kalangan kerabat diraja, Charles dihantar ke medan perang sebagaimana anak-anak raja yang menjalani latihan sebelum layak diangkat sebagai perwaris Britain.
Ketika ketiadaan Charles, Camilla berkahwin dengan kekasih Puteri Anne. Dia fikir dia hebat, semua boleh dikebas tanpa perlu menjaga perasaan orang lain.
Masa berputar bila akhirnya wanita itu seperti buku bertemu ruas. Semasa permahkotaan Charles, semua kerabat istana dilarang oleh Camilla memakai tiara.
Tetapi Puteri Anne menjadi komander perarakan dan mengenakan topi konvoi berkuda menggantikan tiara diraja.
Lebih mengecewakan lagi Puteri Anne dan Putera William berpakat "mengenakan" wanita itu dengan bertindak balas mengetepikan kepentingan keluarga Camilla. Termasuk tidak memberikan tunduk hormat untuk seorang ratu dan "membuang" semua anak wanita itu daripada berkhidmat dalam acara rasmi istana.
Anne sendiri telah mewariskan hartanya £30j (RM172J) kepada anak saudaranya iaitu Puteri Charlotte Elizabeth Diana, anak kedua Putera dan Puteri Wales, William-Kate Middleton. Itu belum lagi mendiang Ratu Elizabeth II yang meninggalkan pesaka termasuk barang-barang kemas untuk Kate Middleton.

Charles yang kini disahkan pesakit kanser sudahpun berusia 76 tahun dan Camilla, 77, tahun. Beza umur mereka berdua dengan Diana adalah 13 hingga 14 tahun. Ketika bertunang Diana berumur 19 tahun dan bekerja sebagai pembantu guru tadika. Charles jatuh cinta ketika Diana berusia 16 tahun dan masa itu, Charles sedang mengorat kakak Diana, Sarah.
Selama 15 tahun berkahwin Charle-Diana berpisah pada 1992 dan empat tahun kemudian 1996 mereka bercerai dengan persetujuan Istana Buckingham. Mereka dapat dua anak, Putera William dan Putera Harry yang kini sudah pun ada isteri dan anak-anak. Malah Diana turut memliki beberapa orang cucu.
Malangnya Harry meninggalkan takhta kerajaan Britain kerana terkilan layangan berbeza darjat. Dia memilih untuk bersama-sama isteri Meghan dan anaknya, Archie dan Lilibet yang sampai sekarang tidak diberi sebarang gelaran diraja,
Sebab gelaran diraja itu hak mutlak Raja Charles untuk diberikan kepada anak-anak cucu dan kerabat. Dikhabarkan anugerah gelaran Duke dan Duchess of Sussex, milik Harry dan Meghan, pun masih dalam cadangan dibatalkan
Gelaran Putera dan Puteri Wales dipegang oleh William dan Kate. - KitaReporters
