Insan & Komuniti 15 Dec, 2024

Nasib mangsa banjir Tambun tak diabaikan! PM hulur Sumbangan Ihsan Madani! Kepada 19 ketua keluarga!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this

.


Walaupun sibuk bertugas di luar kawasan dan di luar negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Tambun, tidak melupakan dan mengabaikan nasib penduduk dalam kawasan khidmat beliau.

Sehubungan itu, pada Jumaat, 13 Disember 2024, Pegawai Khas Pusat Khidmat Rakyat di Tambun, Mohamad Hairul Amir Sabri bersama pasukan telah menyalurkan Sumbangan Ihsan Madani bagi pihak Perdana Menteri kepada 19 ketua isi rumah mangsa banjir kilat yang melanda empat kampung di Parlimen tersebut.

"Saya mendoakan urusan setiap mangsa dipermudah dan semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan akibat bencana yang berlaku," kata Anwar dalam satu kenyataan dalam akaun Facebooknya pada 14 Disember 2024. - KitaReporters



27
29
0
27
0
You will be interested