Insan & Komuniti 13 Aug, 2022

Video| Apa nak jadi ni? Wanita berpakaian ihram ketika kerjakan umrah! Pengkid? Bertaubatlah dik!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


SEMAKIN hari pelbagai perkara pelik da fitnah berlaku yang banyak menakrifkan sebagai hari kiamat semakin hampir. 

Jika sebelum ini negara kita dikejutkan kontroversi tanah air, Muhammad Sajat Kamaruzaman menyarung pakaian wanita ketika mengerjakan umrah bersama ibu bapanya.

Terbaharu, kisah sama berulang namun kali ini lebih hebat apabila pelakunya adalah seorang wanita namun berpenampilan lelaki atau apa yang dipanggil sebagai pengkid mengenakan pakaian ihram.


Lagi kisah-kisah berkaitan kecelaruan identiti




Kisah berkenaan tular selepas beberapa keping gambar pelaku berkenaan bergambar dengan berlatarbelakangkan Kaabah dalam keadaan berpakaian Ihram.

Perkongsian mengejut itu menjadi tular di laman Twitter, apabila seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @Aliyameha mendedahkan tindakan berkenan.




Masya-Allah berani betul, yang dikunjung itu di hadapan Kaabah.

Menerusi ciapan yang dibuat, @Aliyameha mengatakan seorang wanita berpenampilan lelaki telah  mengerjakan umrah memandangkan ia adalah satu penipuan yang sangat menakutkan.




Dalam pada itu, @Aliyameha memaklumkan yang dia mempunyai segala bukti berkenaan penipuan wanita terbabit termasuklah alamat, nombor kad pengenalan dan butiran peribadi yang lain termasuk beberapa mesej mengajaknya untuk berkahwin sedangkan mereka sama-sama wanita

Wanita berkenaan dipercayai  menggunakan visa pelancong untuk memasuki Kota Mekah bagi mengerjakan ibadah terbabit sebagai seorang lelaki.



Namun apabila kisah tersebut tular, tiba-tiba muncul seorang saksi mengaku pernah bekerja dengan lelaki jadian berkenaan.

Malah mengaku pelaku berkenaan adalah seorang wanita selain menyertakan nama penuhnya.




Sementara itu, menjengah ke ruangan komen dalam Twitter @Aliyameha, ramai yang meluahkan rasa kesal dengan kejadian ini kerana seoalah-olah mempermainkan agama.

Mungkin si pelaku tidak tahu kesan daripada perbuatan yang dilakukan. Malah, sekiranya perkara berkenaan diketahui oleh pihak negara Arab semesti pengurusan umrah bagi rakyat Malaysia berdepan kesukaran.

Inilah dikatakan kerana nila setitik habis susu sebelanga. Semoga si pelaku diberi hidayah dan kembali ke pangkal jalan. - KitaReporter


 

 

 

 

 

13
11
0
9
1
You will be interested