Insan & Komuniti 20 Mar, 2023

Video| Tini 3R bersyukur! Kesan awal barah payudara tahap 1! Netizen beri semangat, terus berjuang!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


"TERIMA KASIH kerana sudi berkongsi berita. Thank you sharing. Semoga kuat dan dipermudahkan segala urusan rawatan hingga kembali sihat. I watched 3R my entire teen life. Sending you love, hugs and support Tini," kata frishafazara salah seorang ribuan peminat bekas pengacara 3R @ Respek, Relaks, Respons, Kartini Ariffin yang mengesahkan dia menghidap kanser parudara tahap 1.

Kata Kartini atau lebih dikenali sebagai  tini_ariffin  dalam Instagramnya, dua bulan lepas pada Januari 2023, dia didiagnosis dengan barah payudara itu ketika dia menemui  ketulan ketika memeriksa buah dadanya sewaktu mandi. 


Lagi cerita-cerita pilu berkaitan barah payudara


Dia panik dan terus ke hospital keesokan hari untuk membuat pemeriksaan lanjut dan selepas berminggu-minggu menunggu, akhirnya dia didiagnosis dengan penyakit itu.

"Saya selalu membuat pemeriksaan berkala, Mammogram atau Ultrasound setiap tahun dan bila masuk usia 40. Tahun lepas 2022, tiada apa-apa tanda dan bersih, saya bebas. 

"Terjumpa dengan ketulan tumor itu satu hal, tak tahu lagi perkara aneh. Tak keruan saya dibuatnya," katanya dalam satu hantaran dalam Instagramnya pada Rabu, 15 Mac 2023 sambil penyifatkan berita itu sebagai satu bom jangka (time bomb) dalam diari hidupnya.


Yuen, Rafidah, Tini & Azah

Program 3R menampilan Kartini (dua dari kanan) bersama rakan-rakan untuk memartabatkan taraf wanita yang menjadi program TV popular dalam kalangan wanita negara ini.


Program 3R (Respek, Relaks, Respons) diperkenal pada tahun 2000 dan diterajui Kartini, Rafidah Abdullah, Azah Yasmin Yusof (Azah), Low Ngai Yuen (Yuen) dan Celina Khor (Celina).

Apa yang membuatkan 3R dekat di hati penonton adalah persembahan sketsa mengenai sesuatu isu atau masalah sosial yang dilakonkan semula oleh para hos mampu mengubah persepsi dan memberi solusi kepada para penonton terhadap isu-isu berkaitan sosial.

Matlamat ketika itu adalah usaha untuk memartabatkan kaum wanita khususnya golongan remaja mendorong Penerbit Eksekutif 3R, Datin Paduka Marina Mahathir menonjolkan isu berkenaan kerana masa itu, masih ada segelintir kaum Hawa yang belum atau tidak mendapat perhatian oleh sesetengah pihak. 

Tini ketika ditemui selepas mengacarakan majlis pelancaran Kelas Digital Mahir Tutor oleh Planet Mahir memberitahu, dia tak bercadang untuk membuat semula (remake) rancangan berkenaan kerana berasa dirinya sudah tua dan isu sudah dibincangkan secara berleluasa sekarang. 

Dia memberitahu masih aktif dalam media sosial dan kini sibuk mengendalikan perniagaannya.



Sementara itu, fatimahaziz yang mengulas berita itu terus memberikan Tini semangat dengan kata-kata,"Fight dear!!!..only strong person Allah bagi ujian ni..yes early detection may help for recovery..my mom was diagnose with stage 1 breast cancer 1999..alhamdulillah she survive..and now she is free from it this year she is a 71yo healthy retiree teacher."

Tini memberitahu, "Saya terpanggil nak kongsi (share), sebab saya tahu ada wanita di luar sana yang menghadapi ujian seperti saya sekarang. (because I know there are women out there going thru this just like me). 

"Saya harap perkongsian ini bermanfaat. Saya kini sedang menguruskan emosi, proses maklumat dan berita dan  berada dalam keadaan baik-baik saja," katanya lagi.

Kartini tidak menafikan selepas melalui pemeriksaan dan ujian ketulan itu, sedikit sebanyak mengugat emosinya. Dan seketika mendapat khabar mengenai keputusan ketulan itu dengan penuh doa dan harapan dan  berfikiran positif.

"Allah Yang Maha Mengetahui, keputusannya adalah barah tahap 1. Kakitangan hospital menyifatkan saya bertuah kerana dapat mengesan penyakit itu lebih awal dan membuat rawaran. Bayangkan jika saya membiarkan dan menganggap ketulan itu tidak mengganggu saya." katanya. - KitaReporters


12
11
0
10
0
You will be interested