Insan & Komuniti 14 Sep, 2022

Video| Mak siapa ni? Cepat mengaku! Hebat kau mak cik! Bakat terpendam main bola keranjang arked!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


AKSI hebat seorang mak cik bermain bola keranjang arked di sebuah lokasi telah menarik perhatian orang ramai dalam media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial bernama @faizallibrhm1, memaparkan kelincahan mak cik itu menjaringkan balingan dengan catatan markah yang tinggi tanpa henti.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan seorang mak cik


“Terus tak jadi main bila lihat mak cik ini. Mak kepada siapa ini?” ujarnya.

Rata-rata pengguna media sosial amat teruja kehebatan mak cik itu serta menyatakan kemungkinan beliau merupakan atlet ketika zaman remaja.



“Mesti bekas juara sekolah dulu ni,” kata @NandaSeputra.

“Selepas ini pemain professional sudah tidak boleh cari makan,” kongsi @L.

“Mak Cik ini mesti pemain profesional itu sebab dapat buktikan mamou jaringkan markah yang tinggi,” tulis @Applepiepumpkin. - KitaReporters


10
17
0
16
0
You will be interested