Insan & Komuniti 22 Sep, 2022

Ditahan imigresen Indonesia! Tiada wang dan sakit pula! Ustaz Ebit Lew datang jadi penyelamat kami!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Ustaz Ebit Lew bergambar kenangan dengan kedua-dua beranak yang terkandas di Jakarta, Indonesia sebelum mereka pulang semula ke tanah air. - Kredit foto: FB Ebit Lew.


Siapa yang tidak panik, cemas dan bimbang apabila pihak berkuasa seperti Imigresen Indonesia menahan kedua-dua beranak setelah visa tamat tempoh dan menghadapi kehabisan wang simpanan untuk perbelanjaan di sana (Jakarta).

Ebit Lew dalam perkongsian kemas kini (September 2022) Facebook (FB) menyatakan rasa sedih dan terharu serta simpati dengan kisah kedua-dua mereka tidak dibenarkan pulang ke Malaysia selepas 20 hari si ayah berusaha untuk membawa pulang anaknya yang sakit.

Kalaulah diri kita berada dalam situasi mereka berdua, sudah tentulah fikiran (kita) menjadi buntu dan kusut lebih-lebih lagi tiada kenalan atau saudara mara terdekat yang boleh membantu.

Mujurlah Allah mengirim seorang lelaki yang budiman dan berhati baik seperti Ustaz Ebit datang ke Jakarta. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan usaha amal Ustaz Ebit Lew

Ebit Lew bertanya sesuatu perihal peristiwa kedua-dua beranak yang terkandas selama 20 hari di Jakarta, Indonesia.  Kredit foto: FB Ebit Lew.


“Sayu berasa sayu dan sebak apabila berjumpa orang Malaysia di Jakarta. Berat ujian seorang ayah ini dan anaknya yang terkandas di sini. 

"Saya terbaca dalam ruangan komen FB saya. Keluarganya di Malaysia buat pelbagai usaha. Anaknya belajar di salah sebuah madrasah di Indonesia. Takdir Allah anaknya pula ditimpa sakit. 

"Kena bawa balik. Sampai saja di airport tak boleh balik kerana visa dah tamat.  Jadinya tak boleh nak balik Malaysia sebab masalah visa serta ada denda,” kongsi beliau.

Ujar Ebit lagi, dia amat mengagumi kekuatan semangat si ayah pelajar itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan juga merupakan pesakit jantung, yang nekad dan sanggup pula datang ke Indonesia dengan seorang diri bagi menguruskan hal anaknya yang sakit sebelum dibawa pulang.

Ekoran daripada kejadian itu, pihak beliau telah meminta bantuan kedutaan Malaysia di Jakarta untuk mengambil kedua-duanya sebelum ke pejabat Imigresen Indonesia dan membawa mereka pulang ke hotel.

“Esok insya-Allah belikan tiket balik ke Malaysia. Saya tidur di mana-mana pun takper ustaz. Tak nak susahkan ustaz. Ya Allah abang ni. Allah bagi semua. Jom. Abang jangan risau apa-apa dah. Semuanya dah selesai. Semoga Allah bantu dan mudahkan urusan abang sekeluarga. 

"Katanya gembira sangat ketika jumpa saya di sini. Dah lama teringin nak jumpa. Selalu tengok ustaz membantu sana sini. Rupanya hikmah semua ini juga Allah temukan kita,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, warga maya turut rasa sedih dan simpati dengan perkongsian cerita Ustaz Ebit kerana berjaya membantu kedua beranak berkenaan untuk pulang semula ke Malaysia. 

Apa-apa pun Ustaz Ebit tetap terbaik dalam soal-soal kebajikan dan dakwah. - KitaReporters


Kedua-dua beranak bertemu  Ebit Lew di sebuah hotel di Jakarta, selepas kisah mereka menjadi tular di media sosial. -Kredit foto FB Ebit Lew.


Sumber:

FB Ebit Lew -  https://www.facebook.com/search/top?q=ebit%20lew%20di%20indonesia

20
17
0
12
0
You will be interested