Insan & Komuniti 28 Feb, 2023

Berita baik buat OKU di Terengganu! Bantuan one-off dibayar selepas Aidilfitri 2023! Naik jadi RM200!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyampaikan replika cek kepada seorang pendakwah OKU Muhammad Abdullah yang diberikan Anugerah Khas. - Kredit Foto: Media MB Terengganu


NASIB Orang Kelainan Upaya (OKU) di Negeri Terengganu terus mendapat perhatian apabila Kerajaan Negeri bersetuju menaikkan bantuan 'one-off' (sekali bayar) kepada golongan tersebut. 

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Perpaduan Negeri, Hanafiah Mat berkata, pembayaran akan dibuat selewat-lewatnya selepas Aidilfitri tahun 2023 ini.  


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan golongan OKU


Sebahagian OKU Terengganu yang menghadiri Karnival OKU Terengganu 2023.


terdahulu Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sebelum ini penerima OKU hanya menerima bantuan RM150 seorang.

Katanya, "pada tahun 2022, kita perkenalkan bantuan tunai kepada OKU. Bagi tahun 2023, Kerajaan Negeri telah bersetuju meningkatkan bantuan ‘one-off’ kepada OKU sehingga RM200 seorang."

Selain itu, katanya, kerajaan juga berusaha memberikan pendidikan kepada OKU penglihatan melalui pengajian al-Quran dan hafazan. Setakat ini, dua pusat al-Quran Braille sudah diwujudkan di Besut dan Paka. 

 “Dua institusi ini akan terus diperkasa membolehkan seramai mungkin OKU penglihatan mendapatkan pendidikan ini,” katanya dalam Majlis Perasmian Penutup Karnival Orang Kurang Upaya Negeri Terengganu 2023 di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu.  


Dr Ahmad Samsuri bergambar kenangan dengan penerima anugerah dalam pelbagai kategori


Menteri Besar berkata, Kerajaan Negeri juga bakal mewujudkan pusat pengajian al-Quran bagi OKU kategori pekak dan bisu selain usaha intervensi awal untuk kanak-kanak autisme.   

Pada masa yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Perpaduan Negeri, Hanafiah Mat berkata, pembayaran akan dibuat selewat-lewatnya selepas Aidilfitri tahun 2023 ini. 

Karnival OKU tersebut berlangsung selama tiga hari mengumpulkan sekitar 800 pelajar dari seluruh Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Terengganu. - KitaReporters


Seorang OKU wanita menerima sijl dan cederamata daripada Menteri Besar Terengganu

15
10
0
8
1
You will be interested