Insan & Komuniti 26 Jan, 2023

Video| Nah, ini untuk guru! Anak murid bawa hadiah udang galah! Cara pelajar ucap terima kasih cikgu!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


REZEKI seorang guru menerima hadiah seekor udang galah besar daripada anak muridnya di sebuah sekolah pedalaman negeri Sarawak telah mengundang perhatian ramai dalam media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial yang bernama @cikguspiderman7, kelihatan seorang pelajar lelaki dengan selambanya memasuki kelas lalu menyerahkan sebuah plastik yang berisi seekor udang galah yang bersaiz besar sehingga mengejutkan cikgunya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan haiwna laut udang


“Inila seronoknya mengajar di sekolah pedalaman. Dapat udang fresh, nikmati di kampung,” kongsinya.

Rata-rata pengguna media sosial berpendapat pemberian tersebut merupakan sebagai satu penghargaan oleh anak murid terhadap gurunya yang telah berbakti mencurahkan ilmu kepada mereka.



“Kami mungkin tidak mendapat membalas jasa cikgu mendidik kami anak-anak Sarawak, tapi kami akan membalas dengan budi dan bahasa,” jelas @LenConnor.

“Biar kami tidak kaya dari segi wang ringgit, tetapi kami kaya dari segi kongsi makanan tanpa rasa susah,” ujar @gweenglenn.

“Tetap menjadi idola anak-anak murid walaupun berada di mana, tahniah,” tulis @sitiraihanaabdulra. - KitaReporters 


13
14
0
9
0
You will be interested