Insan & Komuniti 21 Aug, 2024

Peranan penting Mediator Komuniti! Bantu selesai konflik dalam masyarakat! Demi keamanan, perpaduan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Malyaman Kassim


MUNGKIN tidak ramai dalam kalangan masyarakat yang mengetahui apa itu “Mediator Komuniti” (MK) kerana Ia jarang diketengahkan oleh pihak tertentu mengenai peranan dan tanggungjawab yang dilakukan oleh organisasi itu.

Untuk pengetahuan “Mediator Komuniti” ialah seseorang yang memainkan peranan memberi perkhidmatan mediasi secara sukarela kepada pihak yang memerlukan.

Peranan Mediator ini amat penting dalam memastikan sebarang konflik dan isu pada peringkat akar umbi diselesaikan dengan harmoni.

Sebenarnya, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah memperkenal Program Mediator Komuniti (MK) sejak 2009 secara berstruktur bagi tujuan melatih pemimpin-pemimpin Rukun Tetangga (RT), pegawai-pegawai perpaduan dan badan bukan kerajaan (NGO) agama untuk menjadi pengantara atau pemudah cara.

Ini kerana mediasi merupakan salah satu kaedah alternatif dalam melaksanakan intervensi terhadap sesuatu isu, pertikaian atau konflik yang berlaku dalam kawasan komuniti.



Sesi Libat Urus Mediator Komuniti Bersama Agensi atau Hari Terbuka MK (MK Open Day) Peringkat Negeri Terenggganu, yang berlangsung sehari di ruang legar Centre Atrium, Kuala Terengganu City Centre Mall, Kuala Terengganu pada 19 Ogos 2024, lanjutan kepada usaha JPNIN untuk mempromosi Mediator Komuniti kepada penduduk negeri itu.

Program tersebut telah menyaksikan kehadiran yang menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat dan juga agensi yang menandakan komitmen bersama dalam memperkukuh perpaduan dan keselamatan komuniti di negeri ini. 

Acara bermula seawal jam 10:00 pagi, dengan suasana yang meriah dan penuh semangat.

Seramai 17 orang ahli “Mediator Komuniti” di Jabatan Perpaduan Negeri Terengganu (JPNIN) menghadiri program yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Maliaman Kassim manakala penutup oleh Pengarah JPNIN Terengganu, Mohd Rosli Alias.


Teh Faridah Abdul Jalil 


Program dimulakan dengan Pertandingan Mewarna yang menarik minat kanak-kanak dari seluruh negeri. Mereka tidak hanya menunjukkan bakat dalam seni, tetapi turut memeriahkan suasana dengan keceriaan dan kreativiti mereka. 

Selepas taklimat pertandingan, pertandingan mewarna `bermula, membawa kegembiraan kepada semua yang hadir.

Agenda diteruskan dengan dua slot taklimat penting yang memberi fokus kepada isu perpaduan dan keselamatan komuniti. 

Slot pertama membawa kepada Pengenalan Mediasi Komuniti, disampaikan oleh Timbalan Pengarah JPNIN Teh Faridah Abdul Jalil, Teh Faridah berkata peranan penting mediator komuniti dalam menjalin dan mengekalkan keharmonian sosial, sekali gus menyumbang kepada kestabilan negara.

Menurutnya, JPNIN sudah melatih lebih 500 Mediator Komuniti di seluruh negara dan diberikan tauliah oleh Jabatan untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat secara percuma.

Slot kedua yang berlangsung pada tengah hari, memfokuskan kepada Keselamatan Komuniti dan Isu Semasa.disampaikan oleh DSP Zulkeflee Abu Kassim dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Terengganu telah berkongsi pandangan dan langkah-langkah proaktif yang perlu diambil untuk memelihara keselamatan komuniti. 

Kehadiran beliau memberikan panduan yang jelas dan praktikal kepada hadirin tentang bagaimana mereka boleh bersama-sama menjaga keselamatan di persekitaran masing-masing. 


DSP Zulkifli menyampaikan ceramah mengenai jenayah scammer


Majlis diteruskan dengan penyampaian dan penyerahan jaket kepada Mediator Komuniti.

Majlis kemudian diakhiri dengan nyanyian lagu “Jalur Gemilang” sempena Hari Kebangsaan, menandakan semangat patriotisme dan rasa cinta akan tanah air dalam kalangan hadirin.

MK Open Day 2024 ini telah berjaya mencapai matlamatnya untuk bukan sahaja meningkatkan kesedaran tentang pentingnya perpaduan dan keselamatan, tetapi juga untuk mengeratkan lagi hubungan antara komuniti dan agensi-agensi yang terlibat.

Program ini menjadi bukti nyata komitmen pihak JPNIN Terengganu dalam mempromosikan perpaduan, keselamatan, dan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh. 

JIka ada komuniti yang berminat untuk mendapatkan khidmat Mediator Komunti bolehlah menghubungi JPNIN Negeri Terengganu atau Pejabat Perpaduan Daerah di tempat masing-masing. - KitaReporters


Team Mediator Komuniti Terengganu sedia brkhidmat kepda masyarakat

 

 

 

 

 

 

 

 

12
18
0
15
0
You will be interested