Insan & Komuniti 08 Nov, 2022

Perdana Menteri santuni Keluarga Malaysia! Kunjungi Pasar Sehari Kerayong, Bera! Lakukan walkabout!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this



PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan sesi kempen beliau dengan mengunjungi Pasar Sehari Kerayong, di Bera, Pahang, sehari selepas Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 6 November 2022. 

Ketibaan beliau bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N37 Guai, Datuk Sabariah Saidin mendapat perhatian Keluarga Malaysia di pasar itu khususnya peniaga dan pengunjung.

Dalam walkabout itu, Perdana Menteri meluangkan masa membuat tinjauan dan beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung di pasar tersebut termasuk dengan singgah di beberapa gerai dan bertanya khabar penjaja. - KitaReporters


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aspirasi Keluarga Malaysia




8
15
0
17
0
You will be interested