Insan & Komuniti 15 Nov, 2022

Musim tengkujuh! Berhati-hati ketika berkelah di pantai, di bawah pokok! Bayi maut dihempap pokok ru!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

SEDIH melihat kejadian seorang bayi lelaki dilaporkan meninggal dunia akibat dihempap sebatang pokok ru di Pantai Puteri, Melaka. - Foto ihsan media sosial (FB) pembaca.


SIAPA yang tidak berasa sedih dan hiba apabila melihat kejadian tragis membabitkan ibu dan anak  dihempap sebatang pokok ru sewaktu mereka sedang berkelah di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka pada jam 6.30 petang, 11 November 2022.

Bayi lelaki berusia setahun lima bulan, Muhammad Zafran Ilman Mohd. Syazwan ketika itu sedang bersantai dan berada dalam dakapan ibunya. Akibat kejadian itu, muka anak kecil ini dipercayai tersembam di atas pasir pantai.

Menyedari kejadian pokok tumbang itu, orang ramai (melihat insiden) bertindak segera membantu mengeluarkan mangsa dari timbunan dahan dan ranting pokok berkenaan.


Lagi cerita-cerita pilu berkaitan kejadian pokok tumbang

Bapa kanak-kanak malang itu sedang memangku anaknya sambil meratap kesedihan akibat dua ahli keluarganya ditimpa pokok ru ketika mereka sedang berkelah di Pantai Puteri, Melaka. - Foto ihsan media sosial (FB) pembaca


Sewaktu mangsa dikeluarkan, saksi kejadian (orang awam) memberitahu bahawa mangsa mengalami kecederaan. Mereka kemudian dihantar ke sebuah hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan. 

Berita hiba itu turut dikongsikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai KundorTuminah Kadi melalui laman sosial Facebooknya.

“Jam 1.30 pagi kak Ina mendapat panggilan daripada pihak Hospital Melaka memaklumkan bahawa adik Muhammad Zafran Ilman bin Mohd. Syazwan, mangsa dihempap pokok telah kembali kepada Sang Penciptanya.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Diharapkan ibu dan ayah (mangsa)  serta keluarga tabah dengan dugaan ini,” katanya.


Orang awam bergegas ke tempat kejadian (pokok ru tumbang) untuk membantu serta menyelamatkan mangsa yang sedang dihempap pokok ru di Pantai Puteri, Melaka. - Foto ihsan media sosial (FB) pembaca


Selain itu, kebanyakan netizen berasa terkejut dan sedih ke atas kejadian malang yang menimpa ke atas bayi dan ibu tersebut

Pelbagai komen dan reaksi dicatatkan dalam media sosial (Facebook) sehingga ada yang sebak dan terharu serta menasihatkan orang ramai (famili) agar tidak keluar berkelah ketika musim tengkujuh.



"Sgt sedih dengan berita ini... Pemergian tak disangka.. Semoga ibu bapa dan keluarga tabah.." tulis Shikin Azizi

“Allahuakbar sedihnya.. semoga ibu N bapa tabah menghadapi dugaan ini …Al Fatihah..”, komen Mawar Jingga.

“Ya Allah, ingat kn cedera biasa je sebab nampak mak dia yg cedera teruk. Terkejut rasa baca pagi ni, Salam takziah buat ibu dan ayah.. sedih nya”, kongsi Zurina Zulkiflee.

Pada Jun 2022, Utusan Malaysia melaporkan, pemandangan pantai terpanjang di Melaka, Pantai Puteri yang suatu ketika dahulu indah dengan adanya 20 baris pokok ru.

Maka, tidak hairanlah menjadi lokasi tumpuan aktiviti perkelahan dan kini ia (pemandangan) kelihatan cacat dengan sisa-sisa batang pokok yang tumbang akibat hakisan pantai. - KitaReporters


Pantai Puteri, Melaka yang mempunyai banyak pokok ru. - Kredit foto: TempatMenarik.my

15
14
0
9
0
You will be interested