Insan & Komuniti 26 Jun, 2025

Opah Ngomel| Bila lagi? Syed Saddiq, Bella ditanya pelan bina mahligai bahagia! Dah bagi buah tangan?

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai Stringer Berita Harian, Wartawan Berita Harian, Penyunting Harian Metro, Grup Editor Majalah IBUBAPA. Emel: kartini.mdnoor63@gmail.com

Share this

BASS sudah boleh teruskan pelan seterusnya iaitu penyatuan cinta.


Bakal isteri ahli politik?


NAMPAKNYA doa rakyat Malaysia termasuk  perantau dari luar negara yang mahukan pasangan sensasi negara, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan bintang filem serta penyanyi, Dayang Bella Astilla mula menampakkan kenyataan apabila kes mahkamah ke atas SS sudahpun diketahui.

Alhamdulillah, Syukur sangat sebab dia dibebaskan dan dilepaskan!

Inilah berita paling gembira yang ditunggu-tunggu sejak setahun lalu daripada pasangan muda itu untuk melangkah lebih jauh ke frasa hidup yang seterusnya, yakni mendirikan mahligai impian semua orang - daripada netizen sehingga keluarga mereka. 

Malah ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz dan abang, kakak SS sudah pun memberi restu dan menunggu kata ya saja daripada mereka,

Orang kata, "Tuah ayam nampak pada kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu" Rezeki orang yang dianiaya ini, doa mereka tiada hijabnya. 

Sebaik dilepaskan dan dibebaskan pada 25 Jun 2025 Syed Saddid dan Bella Astillah yang digelar BASS itu sudah boleh menarik nafas lega.

Selama ini mereka dikatakan menunggu keputusan mahkamah rayuan itu yang sudah banyak kali ditunda untuk melafazkan cinta mereka secara terbuka.


Sujud Syukur untuk sebuah kebebasan yang mahal.


Terima kasih atas ketabahan dan doa wahai bondaku.


Syed Saddiq mungkin bimbang jika keputusan itu menghantarnya ke penjara, sudah tentu menjejaskan hasratnya membina istana bahagia. 

Tidak mahu dilihat gelojoh mereka hanya meminta masyarakat supaya bersabar dan memberikan masa untuk menyelesaikan urusan keluarga dan kawasan serta jadual kerja sebagai duta produk yang mereka ceburi sekarang untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi kawasan Parlimennya.

"Bagilah kami sedikit masa ya. Saya hanya seorang perempuan (ibu tunggal) dan ada dua anak. Tidak manis untuk memberitahu pelan selanjutnya. 

"Kami masih dalam suasana meraikan berita gembira ini. Bagi kami tempoh sedikit masa kerana sekarang ingin meraikan berita kebebasan ini dengan keluarga dan penduduk di Muar," demikian kata pasangan itu kepada wartawan dan netizen yang seolah-olah mendesak mereka mempercepat rancangan perkahwinan itu.



Syed Saddiq menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Jun 2025 ini yang melepas dan membebaskannya atas empat pertuduhan membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) merupakan satu kemenangan besar buatnya. 

Terutama  dalam mengembalikan maruahnya yang cuba diconteng oleh "musuhnya" selepas keenggannya memihak kepada mana-mana politik yang sedang berkonflik. Namun SS dengan tegasnya berkata dia tidak berdendam pada mereka. 

Ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani yang sangat terharu yang memihak kepada anaknya tidak lupa memaafkan orang yang cuba merosakkan masa depan SS sambil berdoa agar mereka diberi hidayah. 

Malah kata Sharifah Mahani perbuatan mereka sudahpun mendapat balasan di dunia lagi.

Tiktoker Abang Wee pula mengucapkan tahniah dan sangat gembira dengan keputusan kes itu malah turut mendoakan agar SS menjadi perdana menteri masa depan. 

Malah dia turut memuatkan makna keluarga orang tua Syed Saddiq yang membuat sujud syukur yang dipetiknya daripada ChatGPT.

Malah parti yang sebelum ini SS lepaskan semua jawatannya akan bermesyuarat segara untuk membuat keputusan.


Kumpulan peguam yang sanggup menerima bayaran secara ansurans dan akhirnya mereka lebih gembira bila menang.


Netizen yang selama ini tidak putus-putus mendoakan agar pasangan itu sentiasa dilindungi daripada perbuatan fitnah, turut gembira sambil berharap pelan berumahtangga itu ditunai segera. 

Ini kerana netizen percaya produk yang selama ini melantik mereka sebagai duta akan berebut untuk menaja perkahwinan paling meriah dalam sejarah politik negara.

Ramai yang berseloroh meminta majlis perkahwinan itu turut diadakan di Dataran Merdeka seraya berkata, "Kami berjanji akan datang bawa makanan. Malah jika perlu, kami akan  bentangkan tikar bantal, bersolat subuh berjamaah semata-mata untuk memberi sokongan kepada pemimpin muda ini."

Jangan terkejut ramai syarikat tempahan makanan sudah menawarkan perkhidmatan masa dengan menyatakan dalam komen kepakar dan pengalaman mereka menyediakan sajian kenduri pengantin.

Sebagai penghargaan kepada semua media yang turut sama menonjolkan kisah perjuangan politik, budaya bersukan dan hidup sihat serta cebisan kisah cinta dua insan itu, keluarga SS menghadiahkan orang media dengan buah tangan yang ramai menyifatkan sebagai hadiah praperkahwinan. - KitaReporters


Sebuah perjuangan yang berakhir dan bermula 


Awal dapat cenderamata "hadiah perkahwinan"

10
10
0
14
0
You will be interested