Video kisah penghantar makanan yang terpaksa berjalan kaki selepas motosikal miliknya disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tular dalam media sosial baru-baru ini dan kemudian mendapat perhatian pempengaruh media sosial, Aisar Khaled Kamel.
Apatah lagi, Aisar sanggup memandu dari Kuala Lumpur ke Sepang bagi menghulurkan bantuan kepada pemuda yang dikenali sebagai Syahrul itu.
Ungkapan kata-kata rezeki tidak salah alamat, kejadian berkenaan memberi rezeki yang tidak disangka kepada Syahrul apabila dia menerima motosikal baharu jenama Yamaha LC daripada Aiser.
Perkara itu dikongsikan oleh Aiser dalam satu hantaran video yang dimuat naiknya dalam platform Instagram pada 13 September lalu.
Dalam video berkenaan, Aiser sempat berbual panjang bersama Syahrul tentang kejadian berkenaan.
Bagaimanapun, paling meruntum jiwa yang menonton video tersebut apabila pemuda berkenaan mengalirkan air mata mengenangkan kejadian yang berlaku diikuti Aiser yang turut menitiskan air matanya selepas itu.
Selain menerima sebiji motorsikal, Aiser turut memberi sumbangan wang tunai kepada pemuda berkenaan.
Syahrul menerima motor Yamaha LC daripada Aiser Khaled.
Meneliti ruang komen Instagram, rata-rata yang menyaksikan video berkenaan terharu dan berterima kasih dengan bantuan yang diberikan kepada pemuda berkenaan.
"Terima Kasih kerana membantu Syahrul"
"Alhamdulilah, rakyat Malaysia memang sangat prihatin.
"Alhamdulilah, semoga diperbanyakkan rezeki kamu Aiser" - KitaReporter