Insan & Komuniti 21 Oct, 2025

Kami peduli! DMDI PP sumbang ratusan buku! Kepada Penjara Seberang Perai! Usaha tambah bahan bacaan!

Share this

Pertubuhan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) sememangnya sinonim dengan sikap peduli dan prihatin terhadap perkembangan dan keperluan masyarakat Melayu dan Islam di mana-mana sahaja.


Ratusan buku bacaan yang telah disumbangkan oleh pertubuhan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Pulau Pinang kepada Penjara Seberang Perai.

Ia bukan sahaja membantu golongan miskin, warga emas, orang kurang upaya mahupun mereka yang ditimpa musibah dan bencana.

Turun padang menzahirkan simpati dan menghulurkan sumbangan sudah sebati dengan DMDI tanpa mengambil kira ras mahupun ideologi politik.

Sehubungan itu DMDI cawangan negeri Pulau Pinang turun padang menyumbangkan ratusan buku bacaan merangkumi fiksyen, agama, ilmiah dan seumpamanya kepada Penjara Seberang Perai, Jawi, Nibong Tebal.


Rozita Muhammad Sharif (tengah) menerima senarai bahan bacaan daripada Pengerusi DMDI Pulau Pinang, Abdullah Mohamed Nor (dua dari kiri).

Pengerusinya, Abdullah Mohamed Nor berkata, ratusan buku yang telah berjaya dikumpulkan dan diserahkan kepada pihak Penjara Seberang Perai kali ini merupakan salah satu usaha DMDI bagi mencambahkan lagi bahan bacaan untuk Penjara Seberang Perai.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Penjara Seberang Perai, Rozita Muhammad berkata sumbangan ratusan buku bacaan yang pelbagai dan kepedulian pertubuhan DMDI Pulau Pinang terhadap Penjara Seberang Perai amat  dihargai dan disanjung tinggi.

"Buku bacaan yang merangkumi pelbagai jenis tersebut boleh digunakan untuk prospek penjara bagi manfaat semua pihak termasuk banduan yang ada.

"Kami mengalu-alukan penyertaan dan kerjasama masyarakat termasuklah pelbagai organisasi dan agensi demi manfaat kedua-dua belah pihak," ujarnya  ketika ditemui. - KitaReporters


Penolong Penguasa Penjara Seberang Perai, Mohd Fadly Teppo menerima sumbangan buku bacaan yang disumbangkan DMDI.
20
16
0
9
0
You will be interested