Insan & Komuniti 30 Jun, 2024

Jual Sandwich 4 Humanity! Usaha IR Malaysia dekati masyarakat dan sebarkan kesedaran isu kemanusiaan!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Dalam usaha untuk mendekati masyarakat dan menyebarkan kesedaran mengenai isu-isu kemanusiaan yang berlaku di seluruh dunia, Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) mengambil peluang menyertai aktiviti jualan yang diadakan di Dewan Damar Sari, Parcel F, Putrajaya pada 27 Jun 2024.

Aktiviti anjuran Persatuan Peniaga di Kompleks Kerajaan Putrajaya itu berjaya mengumpulkan sebilangan peniaga dan usahawan bagi mempromosi dan menjual produk masing-masing seperti pakaian, makanan, minuman dan barang perkakas rumah.

Pegawai Kanan Bahagian Penjanaan Dana IR Malaysia, Ahmad Nazmee Adnan berkata, pihaknya mengambil bahagian membuka kaunter jualan dengan membawa konsep Sandwich 4 Humanity.

“Hari ini (27 Jun 2024), IR Malaysia mengambil peluang untuk mengetengahkan produk sandwic yang dihasilkan oleh salah seorang penerima manfaat yang kami bantu menerusi projek kehidupan mampan.

“Hasil jualan Sandwich 4 Humanity ini akan disalurkan ke dalam kempen mySedekah yang dijalankan oleh IR Malaysia,” katanya.

Selain jualan sandwic, IR Malaysia turut menyediakan tabung sumbangan, mengedarkan risalah, berkongsi informasi dan menjual beg tote bertemakan Palestin.

“Alhamdulillah sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Insya-Allah, kami akan meneruskan aktiviti penjanaan dana dan membuka kaunter pameran menggunakan kaedah yang sama di lokasi-lokasi lain,” tambah Ahmad Nazmee.



Antara program terdekat yang akan dijalankan oleh IR Malaysia ialah Free Market di Surau Al-Jam’iyyah, Jalan Setapak, Kuala Lumpur pada 29 Jun 2024 dan kaunter pameran di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada 3 Julai 2024. - KitaReporters/Kenyataan Media

12
12
0
10
0
You will be interested