Insan & Komuniti 13 Mar, 2024

Sembang-Sembang| Jiran bersikap pelik! Sombong, tak tahu bersosial! Keluar masuk rumah macam pencuri!

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this


Jiran antara orang terdekat dengan hidup kita. Tidak rugi berbuat baik dengan jiran. Namun bagaimana jika jiran ada 
masalah dan tidak keruan hidupnya? 
Jom kita ikuti kisah minggu ini daripada Mimi yang mahu berkongsi cerita tentang jiran yang yang pelik sikapnya. 
“Bukan mahu jaga tepi kain dia tapi pelik dengan perangai yang meragukan. Kita ambil iktibar dalam meneruskan kehidupan," kata Mimi.
Apabila senyum tidak berbalas. Ditegur, mata menjeling. Langsung tidak ada respons. Apa lagi yang diharapkan daripada seorang jiran?Berperangai pelik. 


Opsss! Maafkan saya, pinta Mimi yang sudah setahun  berpindah ke sebuah taman perumahan di pinggir ibu kota. Tempatnya sunyi dan tenang. Sangat damai. Yang tak damainya jiran sebelah rumah. 

Jiran yang lain tak ada masalah. Ada seorang ini yang  pelik sangat perangainya. 
Beberapa kali senyum, tak berbalas. Menonong sahaja masuk rumah. Bagi salam langsung tak berpaling muka. Keluar masuk rumah macam pencuri. 
Terendap-hendap, kelam kabut. Macam ada orang sedang mengintip. Masuk rumah senyap sepi. Macam rumah kosong. Tapi pandai pula buka tingkap intai kita dari dalam rumah. Tengok apa kita buat. Anda rasa? 
Mungkin anda tak percaya, tapi itulah yang berlaku, kata Mimi. 
Setiap kali ada kesempatan, dia cuba berbaik baik  dan ingin berkenalan dengan jirannya itu. Tapi tetap sama. Mereka ini suami isteri. Tapi si suami jarang ada. Seminggu sekali pun payah nak nampak muka. Itu buat lagi musykil. Tapi itu bukan urusan kita. 
Jiran-jiran lain dah masak dengan perangai jiran itu. Selagi mereka tak buat kacau, kita bersangka baik sahaja, ujar Mimi. 
“Mesti ada sebab dia jadi begitu. Kita doakan yang terbaik untuk dia. Kita pun bukan nak busy body tapi ikhlas nak panjangkan silaturahim. Jika itu caranya, kita doa yang baik-baik sahaja supaya dia berubah. “ tambah Mimi. 
Tapi kata Mimi kalau keadaan tambah mencurigakan, dia tahu apa nak buat! 


Iktibar daripada kisah ini

Jiran sebahagian daripada aset dalam kehidupan kita. Mereka orang terdekat dengan kita. Apa-apa jadi mereka yang ada dahulu dengan kita.
Kita patut semarakkan semangat kejiranan. Berkenalan, pupuk nilai murni, kasih sayang, tolak ansur, hormat menghormati dengan jiran. 
Ada jiran baiknya lebih dari saudara. Tak kurang juga jiran bermasalah seperti yang Mimi alami. Yang begini kes terpencil. Tapi kita boleh atasi dengan akal dan ukhwah.
Amalkan hidup berjiran yang harmoni. Bukan jaga tepi kain, tapi ambil peduli. Jangan penting diri.  Bertanya khabar, tegur sapa, tolong menolong jadikan amalan. 
Aktif dalam aktiviti kejiranan terutama ilmu dunia akhirat. Majlis ilmu menyatukan kita. Bukan hanya sesama manusia tapi dengan Allah juga. 
Tapi ingat satu perkara. Walau tinggi melangit, dikelilingi orang yang hebat, jangan lupa tunduk melihat bumi kerana jika ditakdirkan kita terjatuh ke tanah, baru kita tahu siapa yang akan menghulur tangan menarik kita untuk bangkit semula. - KitaReporters

18
10
0
6
0
You will be interested