SAHAR Tabar peminat tegar pelakon Angelina Jolie sehingga ‘mengubah’ wajahnya mirip pelakon hebat Hollywood itu. Malah dia mengubah wajahnya menyerupai Angelina Jolie dalam bentuk zombie. Semuanya sekadar untuk berseronok.
Tetapi malang bagi remaja perempuan Iran itu apabila perbuatannya itu menyebabkan dia dihukum penjara 10 tahun oleh sebuah mahkamah di Iran. : KitaReporters
FATEMEH KHISHVAND dengan wajah zombi Angelina Jolie. - Kredit foto: Globalnews.
Lagi kisah-kisah berkaitan Hollywood:
https://kitareporters.com/search?search=hollywood
Walaupun tujuan Sahar Tabar atau nama sebenarnya Fatemeh Khishvand, 21, hanya sekadar untuk berhibur, pihak berkuasa Iran menyifatkan perbuatannya meniru wajah Angelina Jolie, dan dalam bentuk zombie adalah tidak bermoral.
Memetik laporan Globalnews, perbuatan Fatemeh itu dianggap meracuni pemikiran anak muda dan tidak menghormati serta memalukan Republik Islam Iran. Justeru tindakan tegas diambil terhadapnya.
FATEMEH 'mengubah' hidung agar menjadi seperti hidung Angelina Jolie.
Pastinya Fatemeh tidak menjangka perbuatannya yang sekadar untuk hiburan sendiri itu satu kesalahan sehingga dikenakan penjara begitu lama dan dianggap sangat keterlaluan sedangkan dia tidak melakukan kesalahan besar.
Menurut seorang wartawan yang juga aktivis masyarakat, Masih Alinejad, dia turut kesal kerana gurauan Fatemeh menyebabkan dia terpaksa meringkuk dalam penjara.
Malah dia juga menggesa Angelina Jolie untuk turut campur tangan dalam kes Fatemeh ini memandangkan remaja itu dipenjara kerana minatnya yang teramat sangat terhadap pelakon Lara Croft:Tomb Raider, Salt, Mr & Mrs. Smith, Alexander dan banyak lagi itu.
Ibu Fatemeh pula menangis setiap hari agar anak yang dianggapnya tidak bersalah dibebaskan daripada hukuman yang begitu berat.
ANGELINA JOLIE pelakon pujaan Fatemeh yang menyebabkan dia dipenjara 10 tahun. - Kredit foto: Wikipedia.
Fatemeh mula terkenal apabila gambar-gambarnya yang menyerupai zombie Angelina Jolie menjadi viral pada tahun 2017. Ramai yang menyangka dia tampil dengan imej tersebut setelah melalui proses pembedahan plastik yang ekstrim.
Bagaimanapun Fatemeh memberitahu, imej yang ditampilkan adalah dengan menggunakan mekap sahaja di samping penggunaan perisian penyuntingan gambar atau photo editing software.
Gambar-gambar tersebut menjadikan Fatemeh popular di luar negara. Tetapi pada masa sama dia juga menjadi perhatian dan sasaran pihak berkuasa Iran untuk diambil tindakan.
Akhirnya dia ditangkap oleh pihak berkuasa pada akhir 2019 di bawah undang-undang ketat kesopanan (decency). Akaun Instagramnya juga dipadam pada tahun sama.
WAJAH jelita Fatemeh Khishvand (kanan) dan wajahnya yang bertukar kepada zombi Angelina Jolie.
Untuk rekod, Iran telah mengharamkan beberapa sosial media utama di negara itu termasuk Facebook dan Twitter.
Fatemeh mengaku ‘kesalahannya’ dalam siaran TV kerajaan
Iran pada Oktober 2020 lalu dan memohon dibebaskan atas alasan dijangkiti Covid-19.
Namun bukan kebebasan yang dia peroleh tetapi
hukuman berat yang menyaksikan dia bakal menghabiskan usia remajanya di sebalik
tembuk besi. Dia berharap untuk mengemukakan rayuan terhadap hukuman tersebut. - KitaReporters