Insan & Komuniti 07 Mar, 2021

Tolong kami! Bantu Mimi! Terpaksa lupakan sekolah demi 5 adiknya! Bapa ditahan polis, ibu lari

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

MIMI bersama lima adik beradiknya di rumah mereka di Kampung Ketil, Pengkalan Kubur, Kelantan pada 5 Mac 2021. - Kredit foto: FB Diela Midi


SAYUNYA hati apabila melihat serta memikirkan nasib seorang kanak-kanak yang berusia 12 tahun yang terpaksa melupakan alam persekolahannya demi menjaga lima orang adik-beradiknya selepas bapa mereka ditahan oleh polis manakala ibu mereka pula menghilangkan diri  entah ke mana.

Kanak-kanak perempuan terbabit yang dipanggil Mimi terpaksa mengambil alih peranan serta tanggungjawab sebagai ibu dan bapa untuk menguruskan lima adiknya yang berumur 10, 7, 6, dan 2 tahun, manakala adik bongsunya, baru umur 5 bulan.


Lagi kisah-kisah sedih berkaitan Tolong Kami:

https://kitareporters.com/search?search=tolong+kami


Tolong kami! Bantu Mahfuzah, Afiq! Ibu tunggal perlu jaga anak sulung koma kerana kemalangan

MIMI... mengenang masa depan dirinya dan adik-adik.


MIMI mendukung adik bonsunya berumur lima bulan. - Kredit foto: FB Dielah Midi 


Bayangkan dalam usia semuda itu amat malang bagi Mimi bersama adik beradiknya yang tinggal di Kampung Ketil, Pengkalan Kubur, Kelantan terpaksa menempuh hari-hari yang mendatang dengan penuh cabaran selain dalam situasi muram dan kemiskinan tanpa kedua-dua ibu mereka. 

Hebatnya dugaan yang dilalui Mimi berbanding rakan-rakan yang sebaya dengannya yang masih berada alam persekolahan tetapi dia tetap melupakannya demi adik-adik yang tersayang.

Apa yang lebih menyedihkan hati apabila ibu mereka sudah tidak mahu lagi berjumpa enam orang anaknya kerana kesempitan hidupnya selain masalah kemurungan yang terjadi kepada dirinya akibat perbuatan suaminya.



Melalui satu perkongsian dalam laman Facebooknya, Dielah Midi menyatakan ketika ini Mimi yang merupakan anak sulung daripada lima beradik yang menguruskan segala makan minum terhadap adik-adiknya. 

Dielah berkata, ibu Mimi telah menyerahkan enam anaknya itu kepada ibu mentuanya (nenek anak-anak tersebut)  selepas suaminya ditangkap oleh polis memandangkan rumah kanak-kanak itu terletak tidak jauh dari rumah nenek mereka.


SEORANG penduduk memberi sumbangan wang untuk perbelanjaan Mimi serta adik-adiknya di rumahnya.


Nenek Mimi bekerja di sebuah kilang  garam di kampung  itu dengan pendapatannya sememangnya tidak mampu untuk menyara perbelanjaan enam orang cucunya apatah lagi dalam usia neneknya yang sudah tua. 

``Pengorbanan Mimi amat besar kepada adik-adiknya kemungkinan dia tidak bersekolah ketika ini kerana sekiranya dia bersekolah siapa pula yang akan menjaga adik beradiknya. 

``Semasa saya berkunjung ke rumah nenek Mimi semalam, saya berbincang tentang persekolahannya yang tidak lama akan buka… laju jer air mata Mimi keluar (sedih), dia kata mungkin tahun ini dia terpaksa hold dulu persekolahannya,’’ kata Dielah dalam hantaran Facebooknya pada 5 Mac 2021. 


ADIK Mimi yang berumur dua tahun. - Kredit Foto : FB Dielah Midi


Dielah berkata orang ramai banyak bersimpati dengan kehidupan mereka dan ada juga yang memberi sumbangan makanan serta wang perbelanjaan untuk enam beradik itu. 

Mereka turut bersimpati dengan kesulitan kehidupan enam beradik disebabkan perbuatan kedua-dua ibu bapa mereka sendiri tanpa memikirkan masa depan serta kebajikan anak-anak selepas ketiadaan belaian kasih sayang daripada mereka. 

Orang ramai yang bercadang untuk menyumbang kepada mereka bolehlah menghubungi Dielah Midi melalui talian 017-9439122.

Semoga Mimi berserta adik beradiknya tabah menghadapi dugaan besar kehidupan dirinya dan adik beradik. - KitaReporters  


18
9
36
4
5
You will be interested