Insan & Komuniti 08 Mar, 2021

Tahun persekolahan baharu, perbelanjaan pun baharu! Puteri UMNO Besut sumbang peralatan sekolah

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Besut bersama murid-murid sekolah yang menerima sumbangan peralatan sekolah pada 6 Mac 2021.


SUDAH menjadi kelaziman setiap kali pembukaan penggal persekolahan baharu ibu bapa terutama yang berpendapatan rendah sentiasa mengeluh untuk menyediakan pelbagai peralatan sekolah terutama mereka yang mempunyai jumlah tanggungan yang ramai.

Keadaan bertambah serius kerana pada tahun 2021 ini apabila ibu bapa berhadapan dengan penularan pandemik COVID-19 yang menyebabkan ramai antara mereka hilang punca pendapatan kerana tidak dapat bekerja disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hinggalah berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

Bukan itu sahaja, ibu bapa juga terpaksa mengikut norma baharu dalam kehidupan yang mewajibkan anak-anak sentiasa mengikuti SOP yang ditetapkan pihak Kementerian Pendidikan ketika menghantar anak-anak ke sekolah masing-masing bagi mempastikan pelajar berada dalam keadaan selamat.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan bantuan persekolahan:

https://kitareporters.com/search?search=bantuan+persekolahan


Jamilah menyampaikan beg dan pelitup muka kepada salah seorang murid


Kesulitan yang dihadapi ibu bapa terbabit sentiasa mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin masyarakat setempat. 

Puteri UMNO Bahagian Besut, Terengganu tidak mengabaikan tanggungjawab sosial untuk membantu masyarakat yang sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19 ini apabila mereka mendekati komuniti dengan menghulurkan pelbagai bentuk bantuan. 

Terbaharu, seramai 50 murid sekolah rendah (SR) menerima sumbangan beg sekolah dan pelitup muka daripada Puteri UMNO Bahagian Besut dalam satu majlis penyampaian sumbangan berkenaan yang diadakan di Bangunan Baitul Ehsan UMNO Bahagian Besut di Jertih pada Sabtu 6 Mac 2021. 

Penyampaian disempurnakan oleh Ketua Puteri UMNO bahagian, Jamilah Sulaiman sebagai usaha meringankan beban ibu bapa menyediakan peralatan sekolah kepada anak anak. 

Jamilah berkata, sumbangan itu bukanlah pertama kali dilakukan oleh pergerakan itu sebaliknya, sepanjang tempoh PKP bermula 18 Mac 2020 pihaknya sentiasa turun padang membantu komuniti yang terkesan dengan keadaan semasa.


Seorang ibu (dua dari kanan) menemani anaknya menerima sumbangan beg dan pelitup muka sumbangan Puteri UMNO Bahagian Besut


 “Pengagihan peralatan sekolah kali ini agak lewat kerana sesi penggal persekolahan tahun ini baru bermula awal Mac,” katanya. 

Bagaimanapun, katanya, diharapkan dengan adanya sedikit sumbangan itu ia dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga terpilih. 

“Insya-Alah jika ada bantuan lain pihaknya akan terus menjejak komuniti dalam usaha  membantu mereka yang terjejas dengan berikutan penularan COVID-19 yang masih belum reda,” katanya. - KitaReporters


2
0
0
0
1
You will be interested