Insan & Komuniti 21 Apr, 2020

ISTERI MB TERENGGANU, ANAK-ANAK JAHIT PPE

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

KEHIDUPAN ketika berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat serangan virus COVID-19 yang melandanegara memberi banyak pengajaran kepada seluruh rakyat yang terpaksa berkorban untuk melawan penularan wabak berkenaan dari terus merebak. : KitaReporters


Angkara wabak berkenaan semangat ingin membantu dalam kalangan masyarakat dilihat menebal kerana ingin melihat keadaan negara terus aman, sejahtera dan mampu berhadapan dengan krisis kesihatan yang amat mencabar. 

Jika sebelum ini kesediaan rakyat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) tampil memberi apa sahaja bentuk bantuan mengikut kemampuan masing-masing sama ada mengagihkan bekalan makanan kepada golongan yang memerlukannya atau menyediakan peralatan kesihatan bagi keperluan petugas barisan hadapan. 

Bagaimanapun, agak jarang kita mendengar isteri dan keluarga orang kenamaan yang sanggup melakukan kerja sukarela bagi menyediakan keperluan untuk petugas barisan hadapan (frontliners) yang sedang berperang melawan COVID-19.

Isteri Menteri Besar Terengganu, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman sedang menjahit PPE. - Kredit foto:  FB Menteri Besar Terengganu


Ketika rakyat dikejutkan dengan keadaan sekarang, isteri Menteri Besar Terengganu, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman, menarik perhatian rakyat Terengganu terhadap cara beliau memanfaatkan kehidupan ahli keluarga ketika duduk di rumah semasa tempoh PKP ini. 

Bukan sahaja patuh kepada PKP, malah Tuan Faizah memanfaatkan kemahiran dalam bidang jahitan untuk membantu petugas barisan hadapan dengan menjahit sendiri Pakaian Perlindungan Diri (PPE)

Tular dalam media sosial dua foto yangmemaparkan Tuan Faizah bersama anak perempuan dan lelaki sedang menjahit PPE di rumah mereka di Kuala Terengganu. 

Anak lelaki dan perempuan Menteri Besar Terengganu sedang menjahit PPE. - Kredit Foto: FB Menteri Besar Terengganu.


Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman 


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam catatan dalam Facebook milik beliau dengan ringkas menulis:

“Membantu dalam kerangka yang kita mampu untuk sama-sama memerangi wabak Covid-19,”

“Alhamdulillah, isteri saya Kak Zah, Tuan Faizah Tuan Abd Rahman memanfaatkan kepandaian menjahitnya dan anak-anak turut membantu menyiapkan pakaian perlindungan (PPE) buat barisan petugas kesihatan di Terengganu.”

Facebook Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyiarkan gambar aktiviti menjahit isteri beliau dan anak-anak.


Paparan dua foto berkenaan sudah cukup untuk rakyat Terengganu mencontohi isteri pemimpin nombor satu negeri itu yang tidak membuang masa ketika bersama keluarga sejak pelaksanaan PKP seluruh negara.

Malah, aktiviti yang dilakukan Kak Zah (panggilan mesra) mendapat pujian ramai netizen yang memberi komen menarik kepada Facebook Menteri Besar yang turut dikongsi oleh ratusan pengikutnya sehingga Ahad, 19 April 2020 selepas beberpa jam disiarkan.

Sebahagian komen yang dilontarkan pengikut Facebook Menteri Besar Terengganu


Menteri Besar berkata, apabila siap nanti, semua pakaian berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) untuk diagihkan kepada petugas di barisan hadapan negeri ini. - KitaReporters

4
1
0
0
0
You will be interested