Majlis penyerahan 2,000 set PPE antara Tok Ti dan Dr Adham. - Kredit foto: IG CTDK
Namun sekarang, sasaran itu dinaikkan kepada RM300,00 apabila tamat dalam tempoh sebulan.
Tok Ti berharap jumlah penyumbang terus meningkat.
Para penonton YouTube boleh menderma dengan cara membuat imbasan Kod QR (QR Code).
Tok Ti berharap sumbangan untuk kategori ‘Kemanusiaan’ dan ‘Prihatin;’ dapat disampai menjelang Aidilfitri nanti.
Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Siti Nurhaliza terbahagi kepada tiga bahagian dan fungsinya:
- PEDULI - Membantu menyediakan keperluan dan peralatan di pusat-pusat perubatan yang terlibat menangani COVID-19. Bantuan ini akan disalurkan seberapa segera apabila dana mencukupi bagi penyediaan PPE, topeng muka, sarung tangan dan peralatan-peralatan lain.
- KEMANUSIAAN - Membantu individu dan keluarga yang terjejas pendapatan. Bantuan kepada keluarga yang terjejas pendapatan di samping itu mempunyai anggota keluarga OKU atau penyakit kronik.
- PRIHATIN - Bantuan khusus sempena bulan Ramadan dan Syawal kepada golongan yang tidak berkemampuan serta badan-badan kebajikan.
Sementara itu, penyanyi Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin sebelum ini, mengumumkan akan menyiapkan sendiri 1,000 keping pelindung (face shield) untuk petugas barisan hadapan (frontliners) KKM.
Sebanyak 500 keping telah disiapkan dan diserahkan.
Penyanyi yang popular melalui lagu ‘Janji Manismu’ ini telah menggunakan sepenuhnya masa duduk di rumah (stay at home) akibat Perintah Kawalan Perkhidmatan (PKP) untuk menyiapkan pelindung muka tersebut dengan menggunakan perbelanjaan sendiri bagi membeli bahan-bahan yang diperlukan.
Kini sebanyak separuh daripada matlamatnya tercapai.
Sebanyak 500 pelindung muka telah disiapkan pada Selasa, 21 April 2020 dan telah diedar ke beberapa buah klinik kerajaan di Seremban, Senawang dan Rembau di Negeri Sembilan.
Pelindung muka seterusnya, yang sebanyak 500 keping lagi, akan dihantar ke beberapa klinik di Ipoh, Perak kerana sudah ada permintaan di sana.
View this post on InstagramA post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on
"Masya-Allah besarnya hati (berbunga-bunga lagi) bila melihat orang memakai face shields buatan kita.
"Walaupun ini batch paling awal tanpa sticker tajuk lagu, tapi menggunakan hologram sticker.
"Terima kasih @idealhealthcentre sudi memakai face shield kami," tulis Aishah dalam Istagramnya @aishahjmm.
"Walaupun banyak kekurangan first batch ni, mohon maaf sangat. Insya-Allah akan diperhalusi pembuatannya," tulis Aishah lagi.
Tambah Aishah, dia akan terus membuat face shield dan akan menghantar ke Perak pula kerana ada permintaan di sana.
"Doakan kita cepat-cepat dapat menangani wabak ini. Dah rindu nak nyanyi Pulanglah ni.
"Stay safe, stay healthy, stay positive, STAY HOME!" pesan Aishah.
Pelindung muka yang dihasilkan oleh Aishah mempunya keistimewaan, di mana mengandungi tanda nama lagu berlainan yang merupakan lagu-lagu yang pernah dinyanyikan oleh Aishah.
Aishah masih meneruskan usaha menyiapkan 500 lagi pelindung muka secepat yang termampu bagi menyelesaikan misi 1,000 yang menjadi impiannya.
Bagi Aishah, kerja sukarela yang dilakukannya memberi kepuasan yang tidak ternilai kepada dirinya. - KitaReporters