Insan & Komuniti 05 Apr, 2021

Terbaik Uncle Kentang! Bantu pelajar terputus bekalan makanan! Hantar wang elaun kepada ibunya

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this

Coretan aktivis masyarakat, Uncle Kentang mengenai pelajar kolej vokasional di Semenyih, Selangor yang terputus bekalan makanan kerana sanggup berkorban menghantar sebahagian besar elaun pengajiannya kepada ibu di kampung yang lebih memerlukan. - Kredit foto: FB Uncle Kentang


KISAH sedih seorang pelajar yang terputus bekalan makanan semata-mata mementingkan keperluan ibunya di kampung telah mengundang rasa sedih dan sebak aktivis masyarakat Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan panggilan Uncle Kentang.

Melalui statusnya dalam media sosial FB beliau, Uncle Kentang melahirkan kesedihan sambil memuji bagaimana seorang pelajar di sebuah kolej vokasional di Semenyih, Selangor sanggup berkorban mengutamakan keperluan ibunya di kampung melebihi dirinya sendiri.

Pelajar berkenaan yang terpaksa menghadapi masalah terputus bekalan makanan sanggup menyerahkan sebahagian besar elaun bulanan pengajiannya yang berjumlah RM400 kepada ibu dan keluarga yang memerlukan.

Pelajar berkenaan mengirimkan RM300 daripada elaunan bulanan pengajiannya kepada ibu yang memerlukan di kampungnya di Permatang Pauh, Pulau Pinang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Uncle Kentang

                                                  

Paparan dalam laman sosial FB Uncle Kentang menunjukkan pelajar berkenaan diberi sumbangan keperluan bahan makanan selepas beliau dan rakannya memohon bantuan. 


Dengan berbaki RM100 itulah beliau gunakan sebagai perbelanjaan. Bagaimanapun jumlah yang ada itu tidak bertahan lama akibat terpaksa menghadapi masalah terputus bekalan makanan.

Namun demikian pelajar tersebut bersama rakannya telah bertindak memohon sumbangan bantuan barangan keperluan dengan aktivis masyarakat berkenaan.

"Untunglah ibu bapa dia, anak yang memang mengenag budi, anak muda Permatang Pauh ini sanggup berlapar demi mendahulukan ibunya. Hebat anak Melayu ini," coret Uncle Kentang melalui perkongsian dalam laman sosial beliau.   

Katanya, pemuda ini merupakan anak yang soleh sanggup putus bekalan makanan semasa belajar yang memperolehi elaun bulan RM400 sebaliknya mengirimkannya balik ke kampung bagi keperluan emak RM300 dan hanya tinggal RM100 untuk kegunaan sendiri.

Menurutnya, emak pemuda berkenaan di kampung lebih memerlukan kewangan. Anak macam ini patut dicontohi dan diberikan sanjungan.


Info grafik untuk memudahkan orang ramai yang menghadapi masalah untuk mendapatkan khidmat bantuan daripada Uncle Kentang.


Doakan semoga pemuda ini berjaya dunia akhirat kerana sanggup berkorban dan berlapar setelah putus bekalan makanan asal dapat kirim wang balik kampung.

Menurut Uncle Kentang, pemuda tersebut bersama rakannya bertindak bijak memohon bantuan daripada pihaknya setelah terputus bekalan makanan disebabkan kekurangan wang. 

Orang ramai yang mengikuti perkembangan laman sosial FB Uncle Kentang turut memberikan komen-komen positif dan menyuarakan supaya beliau dapat berkongsi nombor akaun bank dan telefon bagi menghulurkan bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung.

"Bab-bab berkaitan dengan emak ni sensitif sangat. Boleh berkongsi nombor telefon anak yang sentiasa mendahulukan ibu dan keluarga, juga nak tahu dimana dia tinggal sekarang kerana nak membantu," antara komen yang dilontarkan dalam FB tersebut.


Bantuan untuk pelajar kolej vokasional Semenyih, Selangor dan keluarganya di kampung sudah mencukupi. Kini sudah dihentikan kerana bimbang berlebihan.


 Juga ada antaranya yang memuji sikap anak muda berkenaan dan menyifatkannya sebagai anak yang bertanggung jawab dan mengenang jasa orang tua.

Malahan ada yang berkata ,pada usia sebegini minda dah mantap. Memang susah nak cari sekarang.

Juga mereka turut mencoretkan, sikap dah ada, displin diri dah ada, rela berkorban demi keluarga dan tahu menghargai nilai wang sudah tentulah tidak akan membazir pada masa hadapan kerana dia tahu bukan daripada keluarga senang.

Uncle Kentang mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu. Emak dan keluarga pelajar berkenaan di kampung di Permatang Pauh sudah cukup makanan dan beliau meminta dihentikan bantuan tersebut kerana bimbang akan berlebihan.

"Anda semua memang terbaik. Marilah kita melihat jiran sekeliling yang memerlukan. Bantulah jiran supaya kita dapat tidur dengan lebih lena," katanya. - KitaReporters 


Antara barangan makanan keperluan yang disumbangkan oleh Uncle Kentang kepada pelajar kolej vokasional di Semenyih dan rakannya.


Antara komen-komen yang dicoretkan oleh orang ramai yang mengikuti laman sosial FB Uncle Kentang mengenai pelajar kolej vokasional di Semenyih yang terputus bekalan makanan berkenaan disebabkan kekurangan wang.

2
0
0
0
0
You will be interested