BIARPUN sibuk dengan dakwah dan perniagaan, tapi ia tidak menghalang penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew menghabiskan masa bersama keluarga. Malah baginya keluarga adalah segala-galanya, walaupun sibuk di luar dengan aktiviti yang dilakukan, namun keutamaan tetap diberikan kepada keluarganya. : KitaReporters
BERSAMA keluarga kecil dan bapanya ketika sambutan Aidilfitri beberapa tahun lalu. Fot kredit majalah Pama.
Lagi cerita-cerita berkaitan Ustaz Ebit Lew:
https://kitareporters.com/search?search=ebit+lew
Semalam Jumaat, 4 September 2020, Ustaz Ebit meraikan hari ulang tahun kelahiran anak bongsunya, Rayqal Uqasyah yang kelima di kediamannya.
Menerusi posting dalam Intagramnya, beliau berkongsi dia sempat singgah ke kedai untuk membelikan hadiah kepada anak bongsu yang menyambut hari lahir pada 3 September lalu. Malah terserlah keterujaan anak bongsunya apabila melihat hadiah yang diberikan bapanya.
"Sampai rumah dah lewat singgah beli hadiah untuk anak.
Selamat Hari Lahir Rayqal Uqasyah Lew, 5 tahun pada 3 September lalu.
“Anak bongsu excited tengok mainan berlari-lari kerja
tak sempat yang lain-lain. Ayah lagi excited gembiraj bila dapat bersama dan
buat anak-anak gembira,” kongsinya dalam laman sosial Instagramnya.
Menerusi video yang dimuat naik itu, kelitahan Raqyal teruja menerima hadiah dan sempat memeluk bapanya ketika menerima hadiah berkenaan.
Wah seronoknya dapat hadiah. Dapat kereta pulak tu!
Dalam masa sama, penceramah muda yang kini beralih
menjadi ahli perniagaan itu tidak pernah melupakan pengorban isterinya yang
banyak berkorban terhadap keluarga dan menjadi tunggak dalam perjalanan
hidupnya.
“Terima kasih bidadariku yang berkorban melahirkan dan mendidik anak setiap hari. Ya Allah peliharalah bidadariku 4 kali berkorban melahirkan 4 anak.
“Berikan kesihatan, kekuatan dan sayangi bidadriku
betapa siang malam mendidik anak-anak. Ya Allah jagakan anakku jadi anak yang
soleh solehah. Terima kasih Allah,” kongsinya dalam posting yang sama dan
disaksikan lebih 200,000 pengikutnya dalam laman sosial berkenaan.
Ternyata, walaupun sibuk beliau tetap meletakkan keluarga sebagai keutamaan. Malah ada ketika dia sempat meluangkan masa bersama anak-anak dan isteri .
Minggu lalu sempena cuti Awal Muharam, Ebit membawa
keluarganya bercuti di Legoland.
Seronok betul mereka bercuti!!!
Semoga keluarga bahagia itu terus diberikan sakinah
dan bahagia hingga akhir hayatnya selain menjadi contoh kepada pasangan lain.
Selamat Hari Lahir Rayqal semoga jadi anak soleh yang dapat membantu kedua-dua orang tuamu di dunia dan di akhirat nanti. - KitaReporters