Insan & Komuniti 06 May, 2022

Tragedi Aidilfitri! Muhammad Aidil Fitri maut nahas hari raya kedua! Ibu menyusuli raya ketiga!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

Kredit foto: PDRM Setiu


SELEPAS anak bongsunya, Muhammad Aidil Fitri Osman, 5, maut akibat terbabit kemalangan jalan raya di Kampung Alur Serdang, Setiu, Terengganu pada pagi hari raya kedua Aidilfitri, 3 Mei 2022, kini ibunya, Asmah Zakaria, 45, pula menyusuli jejak anaknya apabila dia menghembuskan nafas terakhir pada 4 Mei 2022

Allahyarhamah Asmah meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada pukul 12.45 tengah hari selepas mangsa dipindahkan dari Hospital Setiu (HS). 

Jenazah Asmah dikebumikan di sisi Muhammad Aidil Fitri di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Pauh, Kuala Nerus, Kuala Terengganu.


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan kemalangan maut

 

Muhammad Aidil Fitri Osman


Asmah Zakaria (dua dari kanan) bersama keluarganya termasuk Muhammad Aidil Fitri (dua dari kanan)  - Kredit foto: Media sosial


Sebelum itu, dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 6.30 pagi 3 Mei 2022 lalu, Muhammad Aidil Fitri maut manakala Asmah bersama suaminya, Osman Intan, 51, serta lima anaknya yang lain mendapat cedera parah apabila van Toyota Hiace yang dipandu oleh Asmah dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di tepi kiri jalan di Kampung Alur Serdang.

Muhammad Aidil Fitri meninggal dunia kira-kira dua jam selepas dirawat di HS dan Asmah termasuk semua mangsa kemalangan itu juga dirawat di hospital yang sama.

Bagaimanapun, Asmah dan suaminya serta lima anaknya dipindahkan di HSNZ untuk rawatan selanjutnya akibat kecederaan parah mereka.


Kredit foto: PDRM Setiu


Mangsa terbabit daripada sekeluarga itu dikatakan dalam perjalanan dari rumah mereka di Kangar, Perlis ke Kuala Nerus untuk pulang ke kampungnya berhari raya.

Adik Asmah, Nurul Husna Zakaria, 30, berkata, beberapa hari sebelum kemalangan itu, arwah kakaknya ada memberitahunya bahawa dia dan anak-anaknya mahu pulang ke kampung untuk menyambut hari lebaran itu.

‘’Arwah ada kata mahu pulang berhari raya pada hari raya kedua kerana tidak sabar lagi untuk menyambut hari raya bersama adik-beradik dan ibu saya di kampung," tambah beliau.

Menurutnya, dalam keseronokan terbayang kemeriahan menyambut hari raya bersama Asmah dan anak-anaknya.

‘’Tiba-tiba saya sekeluarga di Kuala Nerus ketika sedang sibuk membuat persiapan pagi hari raya, dikejutkan berita duka kakak saya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 85 Jalan Kuala Terengganu ke Kota Bahru di Kampung Alur Serdang itu,’’ ujarnya. - KitaReporters



Kredit foto-foto: PDRM Setiu

8
10
3
20
2
You will be interested