Insan & Komuniti 26 Nov, 2020

Video| Pretty Mike bawa enam kekasih ke majlis! Semua hamil!

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

SEORANG lelaki yang terkenal sebagai playboy di Lagos, Nigeria, membuat kejutan pada majlis perkahwinan rakannya apabila datang dengan membawa bersamanya enam wanita hamil yang kesemuanya didakwa sebagai teman wanitanyaMike Eze-Nwalie Nwogu yang juga dikenali sebagai Pretty Mike, dengan bangga mengaku bertanggungjawab menghamilkan kesemua wanita tersebut. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan Nigeria:

https://kitareporters.com/search?search=nigeria


Memetik laporan Mashable SE Asia, lelaki yang memang terkenal gemar berfoya-foya itu adalah pemilik sebuah kelab malam di Lagos

Pretty Mike menerima jemputan perkahwinan pada 23 November 2020 daripada rakannya, Williams Uchemba, yang juga seorang pelakon. Mike memutuskan datang dengan membawa enam teman wanitanya yang hamil. 



Tentunya kehadiran Mike dengan membawa enam wanita hamil mengejutkan para jemputan, apatah lagi apabila dia mengaku menghamilkan mereka.

Tetapi ada juga jemputan yang meluat dengan perbuatan Mike kerana dianggap menunjuk-nunjuk, sambil menyifatkannya sebagai lelaki miang dan kaki perempuan.

Tambah memualkan jemputan apabila dia tanpa malu menggosok perut keenam-enam wanita tersebut seorang lepas seorang.  

Dia juga dengan bangga menyiarkan gambarnya bersama enam wanita itu dalam Instagram dengan tulisan: “Pretty Mike bersama enam bakal ibu. Ini adalah benar, bukan tipu. Kami sekadar berseronok menikmati kehidupan”. 



Sikap Mike ini menyebabkan ramai antara jemputan tidak senang dan menegaskan tidak akan sama sekali menjemput Mike ke majlis mereka kerana perlakuan kurang sopan yang ditunjukkan.

Bagaimanapun ini bukan kali pertama Mike menarik perhatian media dengan karenahnya melayan perempuan. Pada tahun 2017 dia dikiritik teruk apabila bertindak mengenakan tali pengikat (leashes) ke atas wanita yang bekerja di kelab malam miliknya.

Mungkin bagi Mike, wanita sekadar penghibur dan dia boleh memperlakukan apa yang dia suka, tambahan dia berharta. Kerana itu mungkin ramai wanita suka kepadanya. - KitaReporters


PRETTY MIKE bersama enam teman wanitanya yang hamil ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya di Lagos, Nigeria pada 23 November. - Kredit foto: IG Pretty Mike

1
0
0
0
2
You will be interested