Insan & Komuniti 26 Nov, 2020

Tolong kami! Adik Irfan perlu bantuan! Bayar bil hospital!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

BERAT mata memandang berat lagi bahu memikul. Setiap ujian itu ada hikmahnya. Kadang-kadang ujian itu datang bukan pada diri atau keluarga kita tetapi mungkin pada orang lain seperti jiran tetangga dan sahabat handai. Jadi, tak salah kalau kita membantu mereka yang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan. : KitaReporters 


Amiruddin menyeru orang ramai agar membantu Irfan.


Lagi kisah-kisah berkaitan Tolong Kami:

https://kitareporters.com/search?search=tolong+kami


Itulah yang dilakukan oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Amiruddin

Dia berkongsi kisah duka Muhammad Irfan Ali Mohd Humaizi, 4, yang menghidap penyakit sawan. Irfan merupakan anak saudara kepada rakan Amiruddin. Dek kerana penyakit yang dihidapi itu, membuatkan Irfan keluar masuk hospital bagi menjalani rawatan.

Hal itu menyebabkan kos perubatan semakin meningkat. Walaupun Irfan mempunyai insurans, namun ia sudah melebihi had. Justeru, insan istimewa ini sangat memerlukan wang tunai untuk pembedahan


Keadaan Irfan ketika menjalani rawatan di hospital.


“Nak mintak tolong kawan-kawan Twitter untuk tolong anak saudara kawan aku ni, Irfan Ali berumur empat tahun. Irfan menghidap penyakit Epilepsy Due to Brain Damage (penyakit sawan kerana kecederaan pada otak). Minta tolong ulang kicau bebenang ini untuk lebih ramai dapat menyumbang.

“Minta jasa baik semua untuk menyumbang sikit untuk Irfan. Aku tunjuk sekali bil hospital yang dah mula kena bayar. Irfan dah ada medical card dan dah exceed limit dah sebab selalu sangat keluar masuk hospital. Jadi, sekarang memang kena bayar tunai untuk pembedahan,” tulisnya merayu bantuan orang ramai.


Irfan menghidap sawan ketika berumur setahun selepas terjatuh.


Sementara itu, Kitareporters.com menghubungi bapa saudara Irfan iaitu Ariff Abhar Ibrahim untuk mengetahui lebih lanjut dan khabar terkini mengenai keadaan anak istimewa itu.

Menurut Ariff, Irfan mempunyai empat orang adik-beradik dan anak ketiga. Bapa Irfan bernama Mohd Humaizi dan bekerja sebagai tentera yang kini bertugas di Alor Setar, Kedah. Manakala ibu Irfan iaitu Rosyasmin Khanif hanya suri rumah sepenuh masa.

Jadi, buat masa ini Irfan dijaga dan diuruskan oleh ibunya sahaja yang menetap di Kota Damansara, Selangor. Bagaimanapun Mohd Huzaimi akan balik setiap minggu ke Kota Damansara. 


Irfan (kanak sekali) bersama adik-beradiknya.

Tambah Ariff lagi, Irfan menghidap sawan ketika berusia setahun setelah terjatuh dan doktor menyarankan pembedahan dilakukan.

“Puncanya pada usia Irfan setahun dia pernah terjatuh. Keesokan harinya Irfan kena sawan. Bapa Irfan terus bawa Irfan ke hospital untuk diperiksa. Doktor cakap kepala Irfan kena bedah.

“Umur setahun Irfan dah kena bedah. Selepas pembedahan itu, sawan Irfan kerap jadi. Sebulan boleh kata tiga kali. Bila umur Irfan sekarang ni, doktor cakap kalau Irfan tak bedah untuk buang bahagian otak kiri yang rosak tu, Irfan akan lumpuh seluruh badan,” jelasnya. 


Irfan telah menjalani pembedahan untuk mengelakkannya daripada lumpuh.


Oleh kerana insurans sudah melebihi had, jadi kos pembedahan tidak dapat dijalankan sekaligus mengundang risiko buat Irfan untuk lumpuh.

“Irfan memang mempunyai insuran yang telah dicarum oleh bapanya. Tapi dah melebihi had. Menurut doktor, kalau Irfan tidak dibedah, kemungkinan dia akan lumpuh sepenuh badan kalau diserang sawan lagi.

“Kalau nak rujuk ke hospital kerajaan, kami kena tunggu empat hingga enam bulan. Ia mungkin akan memberi kesan besar kepada kesihatan Irfan. 

“Alhamdulillah Irfan sudah pun berjaya menjalani pembedahan. Jumlah kos pembedahan sebanyak RM93,000 telah dijelaskan hasil sumbangan dan duit simpanan sebanyak RM63,000 serta membuat pinjaman sebanyak RM30,000.  Jadi, mereka kini memerlukan bantuan untuk membayar hutang dan kos rawatan susulan.



Justeru, bagi sesiapa yang sudi membantu Irfan dan keluarganya, anda boleh salurkan sumbangan tersebut ke akaun Maybank bernombor 518617139668 atas nama Ariff Abhar bin Ibrahim.

Sebarang pertanyaan dan info boleh hubungi Ariff melalui talian 016-2505353 atau boleh tekan link ini untuk WhatsApp https://hi.jomwasap.my/Sumbanganirfanali - KitaReporters

1
0
2
0
0
You will be interested