Insan & Komuniti 03 Dec, 2020

Video| Jangan mudah mengeji! Ada kisah sebalik tepung gomak

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

KITA sering dan mudah menjatuhkan hukum atau membuat kesimpulan terhadap sesuatu berdasarkan pandangan pertama tanpa mengetahui kisah sebenar yang berlaku. Mendapatkan kisah sebenar bukan perkara penting atau untuk diambil kira. Perkara pertama, buat kesimpulan dulu dengan menuduh, mengecam dan menghina. : KitaReporters


Seni pantomim sangat terkenal di England dan merupakan sumber rezeki buat sesetengah orang. - Kredit foto: Google Image


Lagi kisah-kisah berkaitan suami isteri:

https://kitareporters.com/search?search=suami+isteri


Itulah realiti yang berlaku kepada netizen atau pengguna Internet masa kini. Mereka berlumba-lumba membuat kesimpulan berdasarkan gambar atau video yang tersebar dalam Internet padahal mereka tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi.

Kisah yang berlaku ke atas seorang wanita di Indonesia ini boleh dijadikan pengajaran. Wanita ini menjadi mangsa hinaan netizen tanpa mengetahui apa yang berlaku sebenarnya




Seperti yang dilaporkan oleh portal Indozone.id, tular satu video menunjukkan sepasang suami makan bersama di kaki lima. Apa yang mengejutkan, wajah isteri tersebut kelihatan sangat putih dek kerana bedak atau solekan yang dipakainya

Sekali pandang, macam ‘tepung gomak’ kerana ia sangat putih berbeza dengan kulitnya yang lain. 

Walaupun begitu, suami yang berada di sebelahnya tidak keberatan dan mereka masih menikmati makan malam yang enak bersama.

Video tersebut mencetuskan gelak tawa daripada netizen. Mereka mentertawakan wanita itu kerana dianggap obses dengan kulit putih, jadi sanggup memakai alat solek yang sangat tebal.


Pasangan suami isteri ini bekerja sebagai artis pantomim.


Namun, tanpa netizen sedari, hal itu berlaku kerana bersebab. Bukan saja-saja wanita itu memakai bedak yang tebal. Pasangan suami isteri itu sebenarnya mencari rezeki dengan bekerja sebagai artis pantomim.

Menurut Wikipedia, pantomim ialah suatu pementasan komedi muzikal yang wujud dan dikembangkan di England. Ia biasanya melibatkan nyanyian lagu, lagak kelakar, komedi slapstik dan tarian.

Artis pantomim memang terkenal dengan solek putih tebal pada wajah mereka. Justeru, dalam kes suami isteri ini, si isteri tidak sempat menanggal dan membersihkan solekan seperti suaminya.


Salah faham terjadi apabila si isteri tidak sempat membersihkan solekan pada wajahnya.


Sumber memberitahu, pasangan tersebut baru selesai mengadakan persembahan tetapi berhenti untuk makan malam terlebih dahulu. Jadi, sebab itulah wajahnya kelihatan sangat putih.

Ia bukan disebabkan obses dengan kulit putih tetapi disebabkan kerjayanya demi kelangsungan hidup. 

Pengajaran yang boleh diambil daripada kisah ini tidak sukar ditafsir iaitu jangan mudah menghina orang lain tanpa mengetahui kisah sebenar

Ingat, apa yang kita tulis itu melambangkan keperibadian. Hatilah-hatilah ketika menulis dan berkata-kata! - KitaReporters


1
4
1
0
0
You will be interested