APA sudah jadi Asri Janggut, aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)?? Dua hari lepas tular berkaitan pembongkaran kes mesin judi haram di Sungai Buloh, hari ini viral pula kisah mulut celupar anda yang mengaitkan ibadah solat dengan anggota keselamatan negara?? Baru nak jadi hero seperti Yusof Azmi tapi tak berpanjangan pula! Alahai!! : KitaReporters
Asri yang dikecam netizen sesudah videonya tular
Hari ini, Rabu 12 Ogos 2020, kecoh dalam media sosial apabila ramai berkecil hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Asri yang disifatkan sebagai "membabi buta" dan "tiada otak". Konstroversi yang dikeluarkan Asri yang menyatakan ramai anggota keselamatan seperti polis dan askar tidak bersembahyang sewaktu menjalankan tugas dikecam teruk oleh netizen dalam media sosial.
Tuduhan-tuduhan melulu dan melampau yang dikeluarkan oleh Asri atau nama sebenarnya Mohd Asri Hamid, 42, memberikan kesan negatif kepadanya semula kerana setiap tutur kata yang disampaikan tidak menggunakan akal fikiran yang waras serta tidak wajar.
Lebih memburukkan lagi (Asri) memberitahu rata-rata pegawai keselamatan yang dipilih adalah dalam kalangan mereka yang kurang bersolat menyebabkan salah guna kuasa oleh mereka berleluasa semasa menjalankan tugas.
Kelakar tau!!
Respons netizen yang benggang dengan keceluparan Asri Janggut PPIM
Kata orang tua dahulu, jangan terbiasa membaca kitab amalan orang, kerana kita tidak tahu sejauh mana kiraan amalannya berbanding kita. Ingatlah, kerana pulut, santan binasa....
Keterbukaan yang diberikan untuk memberi respon sebenarnya ada batasnya, Asri, yang diibaratkan "seronok" berkata-kata selepas dicap sebagai "hero", telah terlupa menjaga sentimen kecil yang begitu sensitif berkaitan dengan solat dan agama.
Kredit Facebook Kaki Viral
Tidak lesemuanya begitu, mungkin ada yang bersolat dan ada pula yang sebaliknya, namun asbab mengapa terjadinya sebegitu mungkin boleh dilihat dari sisi gaji bulanan yang kurang mencukupi. Oleh yang demikian faktor gaji adalah kesan yang terbesar boleh ditimbulkan berbanding dari mengaitkan ibadat solat yang kononya "dihinggapi" rata-ratanya anggota keselamatan sehinggakan terjadinya penyelewengan.
Siapa yang tidak berkecil hati dan terluka dengan tohmahan yang seperti itu?? Jika mahu komen, komenlah! Tetapi hindarkan daripada mengaitkan soal hukum-hakam agama.
Justeru, hanya satu perumpamaan yang boleh dikaitkan secara dekat akan permasalahan yang berlaku ini: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata-kata badan binasa!
Bagaimanapun video yang ditularkan itu telah samapai kepada hampir 34 juta rakyat Malaysia, rasakanlah penangan kecaman netizen di negara ini.
Menerusi satu video yang dikeluarkan oleh mantan Aktivis PPIM, Yusof Azmi, saudara Asri telah memohon setinggi-tinggi maaf kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di atas keterlanjuran percakapan yang telah ditularkan ke serata platform media sosial di negara ini.
"Dengan ini, dengan sepenuh hati, dengan sehina-hinanya memohon maaf kepada seluruh anggota PDRM dan ATM di atas kesilapan, kejahilan, kebodohan saya, kerana keceluparan mulut saya, membuat satu statement mengatakan kebanyakan polis malas solat.
"Saya bermohon jutaan maaf kerana saya tak menjangka boleh berkata seperti itu. Saya langsung tidak berniat walau sedikit pun mengguris hati rakan-rakan terutama sekali PDRM dan ATM", jelasnya kesal dalam Facebook Yusof Azmi.
Inilah yang dikatakan seperti bidalan orang tradisional dahulu "sudah terhantuk, baru nak terngadah", apa-apa pun kes keterlanjuran ini diharapkan bolehlah dianggap selesai, dengan permohonan maaf secara terbuka yang disampaikan.
Justeru jadikanlah ikhtibar serta tauladan yang murni pada mereka yang mahu berbakti tanpa mengaitkan pihak yang lain terutamanya soal hukum dan agama.
Ingat sekali lagi! Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata?? Membusuklah sampai bila-bila! - KitaReporters