Insan & Komuniti 18 Apr, 2024

Video| Alamak! Nak balik raya tapi tiada wang! Jumadi berjalan 4 hari 4 malam, 137km jumpa keluarga!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Hendak pulang berhari raya menjadi masalah bagi golongan berpendapatan rendah dan tidak mempunyai kenderaan dan sumber kewangan yang mencukupi. Ada yang terpaksa menumpang kenderaan orang lain malah sehingga beberapa buah untuk sampai ke destinasi.

Namun seorang lelaki bernama Jumadi melakukan lain daripada kebiasaan, dengan sanggup berjalan kaki sejauh lebih 137 kilometer dari Jambi, Sumatera Tengah ke Lubuklinggau, Sumatera Selatan.

Perjalanan itu mengambil masa empat hari empat malam. Sepanjang perjalanan, dia cuba menumpang kenderaan yang lalu lalang, namun tiada siapa yang berhenti. Maka dalam kepenatan menghadapi keperitan matahari, dia teruskan perjalanan.



Jumadi nekad berjalan kaki setelah begitu rindu dengan keluarga selepas lama tidak bertemu. Pada awalnya Jumadi bercadang menaiki bas, namun sayangnya tidak mempunyai wang yang cukup.

Jumadi melakukan pelbagai pekerjaan dan terbaharu sebagai buruh bangunan di Sorolangun, Jambi selama beberapa bulan dan mengharapkan upah sebanyak Rp8 juta  (kira-kira RM2,400) dibayar sebelum Aidilfitri.

Namun setelah 11 hari menunggu bosnya masih tidak memberi upah yang dijanjikan.

Jumadi nekad berjalan kaki untuk pulang kampung, tanpa membawa sebarang buah tangan untuk keluarga. 


Jumadi nekad berjalan kampung pulang raya setelah upah kerja tidak dibayar

Setelah begitu penat setelah 4 hari 4 malam perjalanan dan kelaparan, Jumadi  berehat di sebuah balai polis di Rawas Ulu, Musi Rawas Utara (Muratara), Sumatera Selatan.

Menurut Ketua Polis Daerah, Inspektor Polis Satu (Iptu) Herwan, atas dasar simpati dan khidmat sosial, pihaknya membelikan tiket bas dan memberi sejumlah wang bagi membolehkan Jumadi pulang ke kampung lebih selesa. Jumadi mengucap terima kasih atas sumbangan pihak polis itu.

Dia akhirnya berjaya sampai ke kampung pada hari raya pertama dan membeli beberapa cenderamata untuk isteri dan anak-anaknya. - KitaReporters

12
15
0
10
0
You will be interested